Decentraland merupakan salah satu platform metaverse yang sering digunakan oleh para peminat Web3. Ditambah pula dengan pelaburan daripada pelbagai syarikat dalam membangunkan penawaran servis masing-masing termasuklah pembangunan dan banyak lagi.

Realitinya, Decentraland memang memiliki aset digital yang bernilai tinggi tetapi tidak mempunyai angka pengguna yang tinggi. Berdasarkan data yang dikongsikan terbaru, Decentraland menyatakan mereka mempunyai sekitar 56,597 pengguna bulanan dan hanya 1,074 pengguna berinteraksi dengan kontrak pintar.

Baca Juga:

Angka ini boleh dikatakan agak rendah jika dibandingkan dengan nilai Decentraland yang bernilai sekitar $1.2 bilion (~RM5.6 bilion). Selain Decentraland, sebuah lagi platform metaverse yang turut hangat diperkatakan iaitu The Sandbox turut menghadapi masalah yang sama.

Situasi ini menjadi persoalan kepada orang ramai terhadap syarikat berkaitan kripto dan web3 ini sama ada mereka dinilaikan selaras dengan penggunaan atau sebaliknya. Metaverse yang dicanang-canang sebagai pengganti internet ini dilihat seperti tidak menerima sambutan yang diharapkan.

Sumber