Prestasi pendapatan Meta kini mengalami penurunan yang drastik. Hal ini berpunca dengan saingan sengit daripada platform media sosial lain dan juga idea metaverse yang masih belum memberi pulangan yang diharapkan.
Terbaharu, Mark Zuckerberg mengumumkan buat pertama kalinya yang mana Meta akan menghentikan pengambilan pekerja baharu dalam masa yang sama mengurangkan kos operasi. Langkah ini seleras dengan pengurang pendapatan Meta sejak kebelakangan ini.
Baca Juga:
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
Dalam masa yang sama faktor luar juga mempengaruhi penurunan pendapatan kesan daripada ekonomi yang perlahan bebanding sebelum ini. Malah, harga dagangan saham Meta turut memperlihatkan kejatuhan drastik sebanyak 13.20% pada bulan lalu.
Di samping itu, pihak Meta juga bakal mengecilkan saiz pelbagai pasukan di dalam organisai untuk membolehkan mereka menfokuskan tenaga dan perhatian kepada bahagian utama mereka. Jadi, Meta mahu melakukan penstrukturan semula agar boleh melancarkan lagi operasi mereka dalam mereliasasikan idea metaverse.