Seorang wanita mendakwa bahawa suaminya iaitu bekas anggota SEAL Tentera Laut AS Ryan Bates telah dilarang berlepas pulang dari Malaysia selepas pihak berkuasa tempatan menemui kelopak senjata api yang kosong dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, suaminya yang berusia 43 tahun membawa barangan itu bertujuan untuk digunakan dalam penggambaran siri Netflix bertajuk The World’s Toughest Forces in Malaysia mengenai pasukan elit negara yang dipanggil Gerak Khas, lapor portal berita 3News hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Isterinya Diana Dahlgren Bates telah menyiarkan video di akaun Instagramnya merayu kepada Kedutaan AS bagi mendapatkan bantuan.

“Suami saya @frogman5326_ kini ditahan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur oleh Polis Malaysia. Untuk mengeluarkannya saya PERLUKAN seseorang di KEDUTAAN AS SECEPAT MUNGKIN!!!! Dia mempunyai kelopak di dalam begnya [yang digunakan untuk] penggambaran rancangan televisyen tentera,” katanya dalam di Instagram semalam.

Malaysia mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang ketat. Mereka yang membawanya dikehendaki oleh undang-undang untuk mempunyai lesen yang sah daripada polis.

Melalui laporan Malay Mail ke atas akaun Instagram Ryan menunjukkan hantaran terakhirnya adalah sehari lalu apabila dia menyiarkan video yang mengatakan dia ditahan di KLIA ketika pihak berkuasa cuba mengenal pasti apa yang ada didalam begnya.

Portal berita 3News pula melaporkan wakil Jabatan Negara AS yang tidak dinamakan berkata ia tahu berkenaan kes warga AS yang ditahan di Malaysia tetapi enggan bercakap lebih lanjut pada masa ini “kerana pertimbangan privasi”.

Malay Mail telah menghubungi pihak berkuasa berkaitan, termasuk Kementerian Luar dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur, untuk mendapatkan ulasan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula dalam kenyataan ringkas berkata bahawa beliau akan meneliti perkara tersebut dan mendapat maklum balas Polis Diraja Malaysia.

Melalui kemas kini terkini, difahamkan bahawa polis telah memberi jaminan Bates. Bagaimanapun dia tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara itu sementara siasatan sedang dijalankan.

Sumber