Sudah menjadi lumrah buat tiket konsert artis terkemuka terjual habis, namun masih terdapat segelintir peminat yang masih mencari penjual tiket konsert tertentu kerana mungkin terlepas pada saat itu.
Bagaimanapun, untuk mencari penjual yang jujur sudah hampir mustahil kerana ramai yang mahu pergi merasai sendiri pengalaman bertemu dengan idola mereka. Meskipun sekiranya ada, individu tersebut mungkin berniat jahat dalam mahu mengaut keuntungan dengan menipu mangsa yang terdesak.
Baca Juga:
- Kongsi Gambar ‘Orang Tersayang’ Diculik Dan Minta Tebusan, Ini Taktik Terbaru Scammer Yang Tular
- Sekadar Ambil Gambar Di Tanah Suci, Lelaki Ini Dedahkan Modus Operandi ‘Scammer’ Upah Badal Haji
- Disangka Kad Kahwin Digital, Ini Taktik Terbaru Scammer Guna APK Untuk Pancing Data Pengguna
Just got scammed RM600 by this idiot @kol889. DM-ing me saying he got extra ticket, when I wired him the money he’s making it difficult, asking for extra RM200 & when I didn’t give, blocked me.
SAIFUL ASRI BIN MOHD HUSSIN
STANDARD CHARTED
3881-9466-9759Makanlah duit haram tu!! pic.twitter.com/T4VAe7SfXC
— Nurin (@Nuyenggg) July 6, 2023
Menerusi ciapan akaun @Nuyenggg, beliau bukan sahaja telah menjadi mangsa penipuan bahkan berjaya membongkar kegiatan scammer yang menjual tiket konsert secara berleluasa di media sosial.
Difahamkan beliau mahu membeli tiket konsert Afgan berharga RM600 namun hanya menerima kehampaan selepas akaunnya disekat untuk berhubung oleh scammer. Lebih teruk lagi, scammer ini cuba meminta RM200 tambahan daripada beliau namun bernasib baik tidak diendahkan olehnya.
beware of scammer
@83gfjghhdr
#coldplayinmalaysia pic.twitter.com/eHwKYK7moz— 𝕜𝕙𝕒𝕚𝕚 (@mka_khaizuran) May 17, 2023
Beliau yang merasa tertipu, lalu pergi membuat carian berkenaan akaun scammer di Twitter yang mana ternyata keluar sejumlah hantaran kes penipuan jualan tiket Coldplay seumpamanya oleh suspek yang sama.
Individu tersebut dilihat aktif mencari mangsa yang terdesak mahu mendapatkan tiket konsert artis antarabangsa popular. Selain Coldplay, ada juga mangsa yang tertipu untuk mendapatkan tiket konsert Taylor Swift juga.
Difahamkan suspek bukan sahaja aktif di Twitter, malahan di Facebook dan lebih menyukarkan lagi apabila kerap membuka akaun baharu untuk menjerat mangsanya. Bagaimanapun, maklumat akaun bank suspek sudah pun dihebahkan bagi pengetahuan awam.
This mamat got so many account. pic.twitter.com/m30rRMWUt4
— Don Madani (@Yanendei) July 6, 2023
Jadi, orang ramai diminta untuk berhati-hati apabila mahu berurusan membeli barangan atau tiket konsert lebih-lebih lagi apabila ia sangat rare. Kalau benar-benar teringin, cuba berurusan secara bersemuka kerana lebih terjamin dan selamat.