• Pada saban hari, kita sedia mendengar keluhan sejumlah individu yang bernasib malang selepas wang simpanan ditolak secara senyap. Kebiasaannya wang yang disedut ini akan digunakan untuk membuat iklan di Facebook secara haram.

Menerusi hantaran akaun Facebook Quinn Meng Stories, beliau telah berkongsi pengalaman wang simpanan di dalam akaun banknya telah disedut oleh Facebook beberapa baru lalu. Difahamkan wang berjumlah RM300 telah diambil secara senyap untuk tujuan iklan di Facebook.

Sumber Gambar: FB Quinn Mengs Stories

Lebih memeranjatkan lagi, beliau mengatakan akaun Facebook miliknya tidak pernah dipautkan dengan akaun bank apatah lagi membuat iklan atau boost hantaran di platform itu. Dapat dilihat daripada gambar yang dikongsikan yang mana beberapa transaksi itu telah dibuat untuk iklan FB secara automatik.

Baca Juga:

Menjengah ke ruangan komen, majoriti pengguna bukan sahaja bersimpati dengan nasib yang ditimpa malah berkongsi pengalaman pernah mengalami insiden yang sama. Ada yang berpendapat perkara ini boleh terjadi kerana anda mungkin tertekan pautan mencurigakan yang dikongsi oleh individu tertentu.

Sumber Gambar: FB Quinn Mengs Stories
Sumber Gambar: FB Quinn Mengs Stories
Sumber Gambar: FB Quinn Mengs Stories

Susulan insiden itu, beliau telah mengajar langkah yang perlu diambil jika berlaku kepada anda. Pertama sekali, anda perlu hubungi pihak bank dan minta untuk sekat kad bank. Kemudian, semak transaksi wang yang dibuat dan kenal pasti puncanya.

Akhir sekali, semak tetapan pada Facebook dan padam mana-mana pautan pembayaran dan juga data cache untuk menggelakkan risiko godaman. Sama-sama kita menjadi pengguna internet yang lebih intelektual agar tidak mengalami nasib yang sama.