Pemandu di Malaysia masih didapati kurang siviknya apabila sering kali halang kereta lain yang parkir sesuka hati dan lebih teruk lagi ada yang tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah kenderaan yang menghalang pengguna jalan lain di kawasan parkir Hospital Kajang.

Seorang individu telah merakam kereta terbabit dan meluahkan kekecewaan apabila pemilik kereta tersebut tidak menjawab panggilan telefon sekitar 30 minit untuk tujuan mengalihkannya.

Tapi apakan daya nasi telah menjadi bubur kerana pada gambar lain didapati cermin kereta terbabit sudah dipecahkan oleh seseorang secara sengaja.
Menerusi perkembangan lain, pemilik kenderaan tampil mengaku bersalah kerana telah menimbulkan masalah apabila menghalang kereta pengguna lain.
Dakwa wanita itu, cermin keretanya dipecahkan dan kemik kerana kesilapannya memarkir kenderaan sehingga menghalang kereta lain.
“Nak minta tolong jasa baik daripada anda. Untuk makluman, cermin kereta saya kena pecah dan kemik disebabkan saya halang kereta orang. Saya mengaku saya salah,” tulisnya.
Susulan itu, dia mencari saksi yang melihat kejadian berkenaan dan meminta sekiranya ada pihak yang mempunyai rakaman dashcam untuk menghubunginya.
“Nak tanya, sesiapa yang berada di Hospital Kajang dan berada di parking kereta hospital (berhadapan hotel pada 11 November 2024, jam lebih kurang 1 tengah hari hingga 3 petang).
“Nak minta jasa baik yang mana nampak kejadian pada tarik dan waktu tersebut untuk menjadi saksi,” katanya lagi.
Tu la padahnya blok kereta orang pastu angkat handbrek kak, Anggap je la kos baiki tu denda atas kebodohan diri sendiri kak. pic.twitter.com/J6MHqBuCsW
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) November 14, 2024
Perkongsian wanita itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Orang ramai bagaimanapun kejadian tersebut memberi pengajaran kepadanya untuk tidak parkir sesuka hati sehingga halang kereta lain.