Marc Cucurella membidas wartawan pro Barcelona, Gerard Romero yang mempersoalkan tindakan Nico Williams yang menolak tawaran Barcelona.

Barcelona memburu tandatangan Nico Williams sejak musim lalu lagi.

Dia merupakan gandingan ideal Lamine Yamal ketika di dalam skuad kebangaan Sepanyol. Keserasian kedua dua pemain tersebut membuatkan Barca benar benar mahu menggandingkan mereka dalam skuad kebangsaan.

nico
Spain’s midfielder #17 Nico Williams (R) speaks with Spain’s forward #19 Lamine Yamal during the UEFA Euro 2024 Group B football match between Spain and Italy at the Arena AufSchalke in Gelsenkirchen on June 20, 2024. (Photo by KENZO TRIBOUILLARD / AFP) (Photo by KENZO TRIBOUILLARD/AFP via Getty Images)

Namun sudah dua kali pemain itu membuat keputusan untuk kekal dan tidak mahu menerima tawaran Barcelona.

Gerard Romero tuduh Nico Williams mata duitan

Lalu wartawan yang terkenal sebagai lidah tidak rasmi Barcelona dan pemain pemain Barca, Gerard Romero menuduh Nico Williams sebagai mementingkan wang berbanding pembangunan bola sepak.

Lihat sahaja pada Marcus Rashford yang dilaporkan sedia menerima pengurangan gaji 15% di Barcelona.

Gerard Romero berkata: “Nico Williams mengutamakan wang berbanding pembangunan bola sepak.”

Marc Cucurella menafikannya dan yakin bahawa pemain itu sebenarnya bimbang kalau dia tidak dapat didaftarkan dalam La Liga. Ini kerana Barcelona masih berdepan sedikit kesukaran mendaftarkan pemain kerana kekangan ekonomi.

Marc Cucurella berkata: “Saya tak rasa itu alasannya. Saya rasa dia cuma agak takut dia tidak dapat didaftarkan. Dan jika mereka tidak dapat daftarkan kamu, apa yang kamu akan buat?

“Walaupun mereka berjanji bahawa mereka akan mendaftarkan kamu, saya tetap tidak mahu percaya bulat bulat kepada sesiapa pada hari ini.”