Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Mandat bekerja dari rumah (BDR) bagi kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan bermula pada 15 April ini.

Langkah tersebut bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan api bagi memastikan penggunaan tenaga yang mampan di tengah-tengah kebimbangan terhadap konflik berpanjangan di Timur Tengah, petik New Straits Times.

“Kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi kementerian, agensi, badan berkanun, dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bermula 15 April 2026.

“Objektifnya adalah untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kelestarian bekalan tenaga,” katanya semasa sesi taklimat tersebut.

Beliau menambah bahawa perincian lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.