Pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengalami kekalahan kedua dalam Final Jelajah Dunia (World Tour Finals) 2023 yang berlangsung di Hangzhou, China sebentar tadi.

Peluang gandingan utama negara itu untuk mara ke separuh akhir pada ketika ini bergantung kepada keputusan antara Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang akan bertemu Liang Weng Keng-Wang Chang nanti.

Baca Juga:

Sekiranya pasangan Jepun itu berjaya meraih kemenangan kedua, ini bermakna peluang Aaron-Wooi Yik sudah pun tertutup rapat tanpa perlu menunggu aksi ketiga esok.

Sekiranya keputusan sebaliknya terjadi, Aaron-Wooi Yik perlu menewaskan Wei Keng-Wang Chang dengan ‘straight set’ manakala mengharapkan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi menang ke atas Hoki-Kobayashi.

Berdepan Yu Chen-Xuan Yi yang mendapat sokongan padu peminat sendiri dilihat tidak menjadi masalah besar buat Aaron dan Wooi Yik.

Hal ini dibuktikan apabila mereka tidak membenarkan pasangan ranking kelapan dunia itu untuk menjarakkan mata dengan jauh terutamanya selepas rehat ‘interval’.

Selepas terikat 18-18, Aaron-Wooi Yik menyerap tekanan dengan baik untuk memenangi set pertama 21-19.

Mereka kemudiannya berada di landasan tepat untuk terus mendominasi permainan apabila mendahului 11-6 pada rehat ia gainterval.

Namun, segalanya tidak berjalan seperti dirancang sehingga membolehkan gandingan Yu Chen-Xuan Yi meraih deretan mata yang merintis kepada kemenangan tersebut 21-18.

Set penentuan juga amat menarik untuk diperkatakan yang menyaksikan kedua-dua pasangan salinmg kejar-mengejar mata.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga berada di ambang kemenangan pada kedudukan 20-19, tetapi ia gagal diterjemahkan kepada mata yang diharapkan.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi untuk mengesahkan kemenangan 22-20 sekali gus mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir hasil dua kemenangan yang diraih.

Aaron-Wooi Yik akan berhadapan dengan Liang Wei Keng-Wang Chang pada aksi terakhir esok.