Chelsea kini berdepan satu masalah besar yang perlu diselesaikan oleh Xabi Alonso sebelum musim baharu bermula. Bukan masalah taktikal. Bukan masalah kualiti pemain.

Tetapi jumlah pemain yang terlalu ramai. Ianya masalah yang sama dihadapi oleh Enzo Maresca sebelum ini yang terpaksa membuat pembahagian kepada dua pasukan besar.

Maresca kemudian fokus kepada melatih pasukan di pasukan 25 pemain utama.

Kini masalah yang sama berlaku kepada Alonso. Menurut laporan Marca, skuad Chelsea ketika ini mencecah sekitar 41 pemain, satu angka yang dianggap terlalu besar untuk seorang pengurus menguruskan pasukan utama secara efektif.

Xabi Alonso sendiri mengakui situasi itu menjadi cabaran besar kerana seorang jurulatih hanya boleh memilih jumlah pemain tertentu untuk setiap perlawanan.

“Memiliki ramai pemain memberikan cabaran dari segi pengurusan. Anda perlu membuat keputusan dan tidak semua pemain boleh mendapat minit permainan,” ujar Alonso seperti dilaporkan.

Chelsea memang terkenal dengan polisi merekrut ramai pemain muda sejak era pemilik baharu, tetapi kesannya kini menyebabkan berlaku lebihan pemain di beberapa posisi.

Alonso kini perlu mengecilkan skuadnya. Pemain yang tidak berada dalam rancangan utama mungkin perlu dijual atau dipinjamkan bagi memastikan keharmonian bilik persalinan.

Peraturan Premier League juga hanya membenarkan pendaftaran maksimum 25 pemain senior, bermakna Chelsea perlu membuat keputusan sukar sebelum musim bermula.

Menariknya, Chelsea masih aktif dalam pasaran perpindahan dengan beberapa pemain baharu tiba untuk membantu projek Alonso, termasuk Valentin Barco dan beberapa pemain lain.

Kini tugas pertama Xabi Alonso di Stamford Bridge bukan sekadar membina taktikal baharu. Dia juga perlu memikirkan satu dilema:

Siapa yang kekal, siapa yang tersingkir?

Kerana dalam skuad 41 pemain, pasti ada nama besar yang akan menjadi mangsa pertama revolusi Xabi Alonso.