Lamine Yamal telah menghantar mesej berani kepada pencabar Piala Dunia Sepanyol dengan menegaskan bahawa pasukan Perancis kendalian Didier Deschamps itu tidaklah sebaik skuad La Roja.
Bintang muda Barcelona itu begitu yakin ketika kejohanan memasuki peringkat kalah mati, malah secara sensasi meramalkan bahawa dirinya sendiri akan menjulang trofi tersebut di Amerika Utara.
Perancis mudah mara ke pusingan 16 selepas menundukkan Sweden 3-0 dengan aksi cukup bertenaga, namun Yamal tidak gentar dengan status pasukan juara 2018 itu.
Beliau turut merujuk kepada kemenangan Sepanyol ke atas Les Bleus semasa kempen Euro 2024 sebagai bukti bahawa pasukan Perancis tidak wajar diletakkan terlalu tinggi berbanding pesaing Eropah mereka.
Lamine Yamal Yakin Sepanyol Bakal Bergelara Juara Piala Dunia 2026
“Tidak ada pasukan yang mustahil untuk ditewaskan. Perancis tidak lebih baik daripada kami, mereka belum menewaskan kami sejak Kejohanan Eropah.”
“Tiada pasukan pilihan. Tiada siapa di hadapan kami. Apabila sesuatu kejohanan bermula, saya percaya saya akan menang. Itu yang ada dalam fikiran saya sekarang.”
“Saya rasa saya akan memenangi Piala Dunia,” ujar Yamal menurut sumber laporan Goal.
Mengikut laluan dalam pusingan kalah mati Piala Dunia 2026, Sepanyol bakal bertemu Perancis di separuh akhir sekiranya kedua-dua pasukan melepasi tiga cabaran awal menanti.
Sepanyol akan bertemu Austria pada 3.00 pagi Jumaat nanti untuk aksi pusingan 32. Sekiranya melepasi perlawanan tersebut, mereka akan bertemu pemenang antara Portugal dan Croatia di pusingan 16.