Drama perpisahan antara  Zaquan Adha dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) nampaknya semakin panas apabila bekas penyerang skuad kebangsaan itu tidak puas hati dengan penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab tersebut.

CEO NSFC, Faliq Firdaus semalam mendedahkan pemain berusia 37 tahun itu tidak pernah menyemak statusnya sebagai pemain sejak kontrak tamat tahun lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, Zaquan tampil menafikan tuduhan tersebut menerusi satu kenyataan di laman instagram story dan mahu CEO NSFC itu memperbetulkan situasi yang sebenar.

“Saya whatsapp awak (CEO) tak reply, saya tanya nak jumpa pukul berapa, awak sidai saya sampai ke sudah. Jangan cakap kat orang saya tak semak status.

“Macam mana nak semak status kalau awak lari-lari dari saya. Whatsapp tak reply, call memang banyak kali tak jawap,” kata Zaquan.

Tangkap layar di laman instagram Zaquan Adha

Menurut Faliq, Zaquan pada asalnya berada dalam perancangan pengurusan, namun setelah pertimbangkan sebab-sebab berikut, pengurusan ambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya.

Zaquan juga mengakui tidak tahu tentang status dirinya bersama NSFC sehinggalah menerima surat pemakluman bahawa kontraknya tidak disambung.

“Surat tersebut hanya memaklumkan bahawa kontrak Zaquan sebagai pemain tidak disambung, malah semua pemain yang tidak disambung juga terima surat yang sama. Kelab terbuka untuk sebarang peranannya menjadi sebahagian daripada coaching staff.

“Namun, tindakannya untuk ke media sangat mendukacitakan. Walhal dia tidak pernah sekalipun mahu menyemak statusnya sebagai pemain kepada pihak kelab,” kata Faliq dalam kenyataannya.

Bekas pemain JDT itu redha dengan keputusan NSFC dan akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak selepas hampir dua dekad menabur bakti dalam Liga Malaysia.