Allahyarham Zayn Rayyan meninggal dunia kerana dijerut menggunakan tali, lanyard atau kain yang dipintal dan bukannya disebabkan arwah lemas – menurut pakar forensik.
Hasil analisis Pakar Perubatan Perunding Forensik, Dr Rohayu Shahar Adnan yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Zayn Rayyan adalah perkembangan terbaru ke atas kes kanak kanak autistik tersebut.
Dipetik daripada laporan BH Online, Dr Rohayu tampil memberikan keterangan pada hari ke-15 prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian terhadap Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh.

Zayn Rayyan diseksa
Dr Rohayu percaya jerutan pada leher yang bertindih terletak 6 sentimeter di bawah telinga kanan dan kiri, otot leher dan kelenjar tiroid turut lebam kerana jerutan tersebut.
Dalam kenyataannya kepada mahkamah, Dr Rohayu berkata: “Kesan jerutan ini boleh terhasil daripada sebarang objek dibentuk contohnya tali, lanyard atau kain dipintal.
“Malah kedudukan jerutan adalah sama iaitu enam sm di bawah telinga kanan dan kiri, maka kesan ini adalah horizontal (melintang).
“Berbeza dengan gantung, kesannya adalah oblique (serong) dan berbeza di telinga kanan kiri si mati, tiada lebam otot leher kerana gantung adalah proses pasif, maknanya sebarang objek dibentuk keliling leher ianya diketatkan oleh berat badan si mati dan tarikan graviti.”
Seterusnya kesan trauma tumpul menyebabkan lebam pada dahi, kedua-dua bibir atas dan bawah, belakang kepala, rahang, tengkuk, belakang bahu kanan, di antara kedua belikat, belakang badan, dada, abdomen, sisi kanan badan, lengan bawah kanan dan lengan atas kiri – menurut sumber BH Online.
Kemudian terdapat kesan lebam di kedua dua belah mata, serta kesan hirisan di beberapa bahagian badan Zayn Rayyan termasuk bahagian belakang telinga kiri sehingga ke belakang kepala di bahagian kanan dan kiri, dan bahagian lengan Zayn Rayyan.
Dr Rohayu percaya kesan trauma tumpul dan tajam itu tidak mematikan namun penderaan ianya kerana penderaan fizikal arwah Zayn Rayyan.
Selain itu tiada luka pertahanan atau luka menumbuk dan menendang dilihat pada arwah Zayn Rayyan.
Lebih mengejutkan, terdapat objek asing di temui pada rongga tenggorok pernafasan sebelah kanan dan dalam perut arwah Zayn Rayyan. Dan objek tersebut ditolak secara paksa ke dalam mulut Zayn Rayyan berdasarkan lelangit mangsa turut lebam.
Namun itu dipercayai masih tidak mematikan Zayn Rayyan pada masa itu.
'Kematian Zayn Rayyan adalah pembunuhan, sehingga dibuktikan sebaliknya' – Pakar Forensik#BHnasional Kes ini bukan kematian biasa, kecederaan dialami mangsa tidak selari keadaan sekitar lokasi kejadian mayatnya ditemuihttps://t.co/INsEj0Tvkk
— Berita Harian (@bharianmy) April 8, 2025
Bukan itu sahaja, dubur mangsa turut terluka dan koyak serta lelasan akibat dimasukkan objek tumpul.
“Di bahagian dubur mangsa juga terdapat luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul tetapi ianya tidak mematikan,” kata Dr Rohayu lagi.
Dr Rohayu juga menegaskan bahawa kecederaan Zayn Rayyan adalah ‘perimortem’ atau kecederaan baru sejurus sebelum kematian kanak kanak itu.
Hal ini berdasarkan kesan reaksi sistem pertahanan badan yang dapat dilihat melalui pemeriksaan mikroskopik yang dilakukan.
Zayn Rayyan meninggal dunia kerana dijerut
Selain itu, kedutan pada kulit tapak tangan dan kaki kesan rendaman air iaitu kulit yang berkedut-kedut atau dinamakan ‘washer woman appearance’ bukannya punca kematian arwah.
Ini kerana arwah tidak mati lemas di dalam air, malah tiada penyakit serius pada organ dalaman ditemui.
“Jerutan di leher yang melebamkan otot leher dan kelenjar tiroid menunjukkan ianya cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen untuk ke paru-paru dan otak yang melemaskan arwah mengakibatkan kematian,” tegas doktor itu lagi.
“Dengan ini, saya simpulkan sebab kematian sebagai ‘ligature strangulation’ (jerut),” rumus beliau.