Presiden Seniman, Zed Zaidi membidas netizen yang hipokrit dalam isu melibatkan Aliff Aziz, Ruhainies dan Sarah Yasmine.

Ini kerana menurutnya, netizen marah dengan Ruhainies kerana dia dilabel penyondol, namun pada masa yang sama menyokong Sarah Yasmine yang juga penyondol.

Baca Juga:

Sarah Yasmine melancarkan perang ke atas Ruhainies baru baru ini. Membuat beberapa pendedahan yang menggemparkan.

Ini termasuk tangkap layar perbualan antara Ruhainies dan Aliff Aziz di belakang Bella Astillah.

Zed Zaidi bengang lalu membidas Sarah Yasmine sambil mempersoalkan akidah wanita itu sebagai seorang Islam. Ini kerana Sarah Yasmine memiliki tatu.

Dipetik dari Beautifulnara, Zed Zaidi berkata: “Luar nampak Islam tapi akidah, tak faham.

“Tatu di badan, dianggap halal. Buka aib orang, dianggap hebat. Buka aib sendiri, dibanggakan. Mana maruah kau? Murah sangat maruah sampai kau tak tahu malu. Kesian mak bapak kau.”

Ada netizen melabel Zed Zaidi sebagai terlalu beriya mempertahankan Aliff Aziz dan Ruhainies. Dia membalas, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai presiden Seniman untuk ambil tahu hal melibatkan artis.

Zed Zaidi terpaksa bersuara dan mengecam Sarah Yasmine. Zed Zaidi melabel Sarah Yasmine telah membuatkan industri mereka menjadi huru hara kerana isu yang dibangkitkannya semakin banyak dan merebak.

“Semuanya (melibatkan) artis artis. Kau faham tak? Itu tanggungjawab aku. Korang tak suka penyondol tapi korang sokong sebab dia jujur. Tapi, dia tu juga penyondol! Korang tak suka penyondol, dalam masa sama kau sokong penyondol. Aku tak faham lah.”

@rozaidijamil

Dengar penjelasan aku ni, aku tak sokong mana mana pihak apa yang aku buat ni atas tanggungjawab aku untuk mengelakan perpecahan dalam industri seni kerana minah tu!!! #terciduq #teamzedzaidi #malaysia #malaysiaviral #malaysiabangkit🇲🇾 #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fy #foryoupage #fypage #kamisempoi #artis #artismalaysia #inimalaysialah

♬ original sound – ZED ZAIDI – ZED ZAIDI