Penyanyi terkenal, Ziana Zain menafikan dibayar hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun selepas menjadi duta sebuah syarikat perunding kewangan, lapor Berita Harian.
Beliau berkata sedemikian apabila ditemui selepas konsert akhir program realiti, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) di Studio Ntv7, Glenmarie di sini, malam tadi.
Baca Juga:
- Ops Sky: SPRM Kesan RM700 Juta Pinjaman Kepada Pegawai Kerajaan Yang ‘Blacklisted’
- Nafi Terima Bayaran RM400,000 Sebagai Duta, Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM
- Dibayar Setinggi RM400,000, SPRM Siasat Selebriti Jadi Duta Syarikat Perunding Kewangan
“Kalau dapat macam itu (bayaran ratusan ribu) saya sudah keluar kereta Mercedes baharu. Sebab yang menjadi duta ramai, jadi sudah tentu belanja dikeluarkan besar.
“Kadang-kadang apabila angka itu dikeluarkan, bukan bermakna kita dapat semua itu,” katanya.
Memetik laporan itu lagi, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram dalam Ops Sky, tidak mengganggu kerjaya seni Ziana Zain.
Beliau tidak menyangka buat pertama kali berdepan siasatan pihak berkuasa biarpun sebelum ini sudah menggalas pelbagai tanggungjawab sebagai duta.
“Sebelum ini, saya tidak berdepan perkara sebegini sebagai duta, ini kali pertama. Kata orang, dalam berbelas-belas (kali) yang kita pernah jadi duta, kadang-kadang mungkin ada satu yang jadi begini.
“Kita ini hanya tahu secara permukaan sahaja dan tak tahu apa di sebalik syarikat itu. Bagi saya, mereka (syarikat terbabit) juga masih dalam siasatan, jadi tidak boleh terus tuduh mereka bersalah atau tidak.
“Untuk masa akan datang, saya juga tidak akan tahu. Bagi saya perkara ini tidak mengganggu karier seni sebab saya tak buat apa-apa yang salah.
“Saya hanya duta dan menjalankan tugas. Menyanyi dan buat hantaran (dalam media sosial). Itu sahaja,” terang beliau.
Ziana Zain kongsi pengalaman disoal siasat SPRM

Dalam masa sama, juri tetap CSOIAM itu berkongsi pengalaman memberi keterangan kepada pihak SPRM.
“Tidak ada apa pun sebab kami hanya bantu siasatan, itu sahaja. Pihak SPRM tanya kami berapa lama kenal (dengan syarikat terbabit), buat apa. Itu sahaja.
“Saya hanya beritahu sebagai duta dan pergi menyanyi, itu sahaja yang mereka tanya. Selebihnya kami berbual sahaja. Dalam dua hingga tiga jam juga ketika itu.
“Saya tidak risau sebab bukan jadi modus operandi. SPRM pun sudah cakap, kami dipanggil untuk membantu siasatan dan bukan kami ini suspek.
“Biasalah orang luar suka sangat (buat spekulasi), tak baik. Untuk saya dan duta lain sudah selesai, tetapi daripada segi siasatan selanjutnya saya tidak tahu. Itu daripada SPRM, kami sudah selesaikan bahagian kami. Alhamdulillah,” katanya.
Jadi Buddy, Bukan Buli merupakan satu kempen khas oleh The Vocket untuk sama-sama menangani kes buli di samping menyediakan satu platform selamat untuk mangsa buli berkongsi luahan tanpa identiti didedahkan.
Layari www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli untuk berkongsi luahan atau membaca perkongsian daripada pakar.
#JadiBuddyBukanBuli #KawanBukanLawan