Seramai 15 individu yang terbabit aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak, di Genting Highlands, sudah ditahan polis kelmarin.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, tangkapan itu membabitkan 10 lelaki dan lima wanita.
Baca Juga:
- Pak Cik Shell Kongsi Sebab Tak Boleh Masak Mi Segera Di Stesen Minyak
- Polis Buru ‘Geng Healing’ Masak Mi Segera Di Stesen Minyak
- Geng Honda Bangga Tayang ‘Healing’, Masak Mi Segera Dekat Stesen Minyak
Kesemuanya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas merakam keterangan mereka.
Geng Honda Bangga Tayang ‘Healing’, Masak Mi Segera Dekat Stesen Minyak
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan empat saksi ketika kejadian juga sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan.
“Kita juga akan merujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar menyatakan satu kertas siasatan dibuka berhubung sekumpulan geng kereta healing dan memasak mi segera di stesen minyak.
Tindakan kumpulan kereta itu telah mengundang rasa kurang senang netizen kerana boleh mencetuskan kebakaran memandangkan stesen minyak merupakan kawasan mudah terbakar.
Video itu turut mendapat perhatian Pak Cik Shell. Beliau ada membuat satu video ringkas mengapa orang ramai dilarang memasak di kawasan stesen minyak. Anda boleh baca di sini.