Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan seramai 27 pempengaruh atau influencer media sosial ditahan kerana mempromosi judi menggunakan platform mereka.

Menurut laporan The Star, seramai 23 wanita dan 4 lelaki, berusia antara 21 dan 35 tahun telah ditahan pada Khamis. Mereka disiasat kerana mempromosi judi haram dalam talian.

Komen Anda Akan Dihitung Di Akhirat, Kata Influencer Buat Paid Review Produk Judi

30 telefon bimbit milik kesemua suspek turut dirampas untuk disiasat.

Beberapa bulan lalu, netizen melancarkan kempen untuk memboikot pempengaruh yang terang terangan mempromosikan judi online.

Lebih Banyak Influencer Promosi Judi Haram Didedahkan

Terutama sekali pempengaruh yang beragama Islam. Di mana mereka tanpa memikirkan soal haram, mengambil sahaja bayaran lumayan ditawarkan kepada mereka.

Sehingga ada yang mampu membeli kereta mewah pada usia 19 tahun kerana membuat paid review produk judi.

Walaupun menerima kecaman hebat daripada netizen, namun rata rata mereka tidak peduli dengan kecaman tersebut demi kerana wang.

JSJ menegaskan bahawa kesemua mereka ditahan dalam serbuan serentak di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Siasatan awal mendapati setiap pempengaruh dibayar mengikut jumlah pengikut mereka. Dengan bayaran diberikan di antara RM1,500 sehingga RM8,000 untuk setiap iklan atau reviu produk berkaitan yang mereka buat.

Dipetik daripada Mstar, Suhaily menambah: “Siasatan mendapati setiap pempengaruh terbabit aktif sekurang-kurangnya di dua platform media sosial.”

“Selain menjual produk-produk mereka seperti produk kecantikan, pempengaruh ini juga mempromosi laman kegiatan judi dalam talian.

“Semua pempengaruh dipercayai dibayar oleh beberapa sindiket judi berlainan sejak lebih setahun lalu.”

Polis kini meneruskan lagi siasatan untuk mencari dalang utama di sebalik sindiket judi tersebut mengikut Seksyen (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.