Dua doktor kerajaan, seorang doktor swasta antara 33 orang ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai terbabit dengan kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM2.1 juta sejak 2017.
Memetik Berita Harian, perintah reman terhadap tiga doktor itu dikeluarkan selama dua hari bermula hari ini oleh Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas menerima permohonan daripada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Baca Juga:
- Doktor Jadi Mangsa Keganasan Seksual Di India, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
- Rupanya Ini Punca Kenapa Rakyat Indonesia Suka Dengan Doktor Malaysia
- ‘Kami Kekurangan Doktor, Masa Menunggu 5 Jam’ – Notis Peringatan Tular, Berlaku Di Hospital Kulim?
29 orang awam yang lain pula, tempoh reman dibenarkan selama tiga hari sehingga Jumaat ini. Mereka terdiri daripada pekerja swasta, ejen dan ‘runner‘. Sementara isteri kepada runner pula direman selama satu hari.
“Kesemua suspek ditahan dalam satu operasi bermula jam 5 pagi hingga 9 malam kelmarin di sekitar negeri ini.
“Hasil siasatan mendapati kartel ini aktif dalam kegiatan itu sejak 2017 sehingga tahun ini dengan nilai tuntutan palsu berjumlah RM2.1 juta.
“Kebanyakan mereka membuat tuntutan palsu atas alasan kecederaan Ligamen Anterior Cruciate (ACL) dan mengalami masalah tulang rawan tergelincir (slip disc),” kata satu sumber kepada Berita Harian.
Menurut sumber pemohon akan menerima 50 peratus daripada jumlah tuntutan manakala baki 50 peratus dibahagi antara doktor, ejen serta runner.