Lebih 500,000 warga asing direkodkan menganggur atau tidak diupah oleh mana-mana majikan.

Difahamkan mereka yang masuk secara sah ini tiada kerja sekali gus menjadi punca kepada kebanjiran pekerja asing yang kini dianggarkan melebihi 2.7 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumaran Nair berkata kepada Berita Harian bahawa jumlah warga asing yang menganggur sebenarnya jauh lebih tinggi.

Beliau turut berkata bahawa kira-kira dua juta pekerja asing dibawa masuk semasa pandemik COVID-19 pada 2022, namun jumlah yang diperlukan hanya kira-kira 1.2 juta sahaja.

Sebelum ini, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah pun memberi amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana majikan yang gagal menempatkan warga asing di sektor pekerjaan.

Ini susulan kejadian sejumlah 171 warga Bangladesh mendakwa ditipu ejen pekerjaan berjalan beramai-ramai di daerah Kota Tinggi, Johor sehingga menimbulkan kegusaran awam pada 20 Disember lalu.