Berakhirnya pusingan kelayakan menyaksikan senarai lengkap 36 pasukan yang bakal bersaing dalam UEFA Champions League (UCL) 2025/26 sudah pun terjawab.
England menjadi negara yang mempunyai wakil paling banyak dalam kejohanan kali ini apabila disertai enam pasukan.
Baca Juga:
- Bakal Pemain Chelsea Ini Jadi Penjaring Termuda Dalam Sejarah UCL

- Analisis: Taktikal High Pressing PSG Lemaskan Inter Milan Di Final UCL

- PSG Juara UCL 2024/25, Tamatkan Penantian 55 Tahun
Selain daripada Liverpool, Arsenal, Manchester City dan Chelsea yang menamatkan kempen liga musim lalu di kedudukan empat teratas, Tottenham Hotspur dan Newcastle United juga tidak mahu ketinggalan.
Tottenham hadir selaku juara Europa League 2024/26 setelah menundukkan Manchester United di perlawanan akhir.
Manakala, Newcastle pula layak berdasarkan ‘European Performance Spots’ diberikan kepada persatuan yang menunjukkan prestasi kolektif terbaik oleh kelab-kelab mereka pada penghujung musim pertandingan kelab UEFA semasa melibatkan pasukan lelaki.
Satu lagi slot berdasarkan kaedah ini diberikan kepada LaLiga dimana Villarreal layak beraksi di UCL 2025/26.
Berikut merupakan senarai penuh pasukan yang akan bertanding dalam UCL 2025/26 berdasarkan pot (balang) masing-masing:
Pot 1
1) Paris Saint-Germain (Perancis)
2) Real Madrid (Sepanyol)
3) Manchester City (England)
4) Bayern Munich (Jerman)
5) Liverpool (England)
6) Inter Milan (Itali)
7) Chelsea (England)
8) Borussia Dortmund (Jerman)
9) Barcelona (Sepanyol)
Pot 2
1) Arsenal (England)
2) Bayer Leverkusen (Jerman)
3) Atletico Madrid (Sepanyol)
4) Benfica (Portugal)
5) Atalanta (Itali)
6) Villarreal (Sepanyol)
7) Juventus (Itali)
8) Eintracht Frankfurt (Jerman)
9) Club Brugge (Belgium)
Pot 3
1) Tottenham Hotspur (England)
2) PSV Eindhoven (Belanda)
3) Ajax Amsterdam (Belanda)
4) SSC Napoli (Itali)
5) Sporting CP (Portugal)
6) Olympiacos (Greece)
7) Slavia Praha (Republik Czech)
8) Bodo/Glimt (Norway)
9) Olympique Marseille (Perancis)
Pot 4
1) FC Copenhagen (Denmark)
2) AS Monaco (Perancis)
3) Galatasaray (Turkiye)
4) Union SG (Belgium)
5) Qarabaq (Azerbaijan)
6) Athletic Bilbao (Sepanyol)
7) Newcastle United (England)
8) Pafos (Cyprus)
9) Kairat Almaty (Kazakhstan)
Bagaimana Undian Perlawanan UCL 2025/26 Dijalankan
Sebanyak 36 pasukan yang mengambil bahagian dalam UCL 2025/26 telah dibahagikan kepada empat balang (pot) berdasarkan kedudukan markah kedudukan kelab masing-masing, dengan juara bertahan UCL iaitu PSG diletakkan sebagai pilihan utama dalam Pot 1.
Bermula dengan Pot 1, satu bola fizikal akan diundi sebelum perisian (software) automatik yang telah digunakan sejak tahun lalu bagi memilih lapan lawan untuk mereka dengan mengambil kira prinsip berikut:
1) Dua pasukan daripada setiap empat pot, dengan satu perlawanan di tempat sendiri dan satu perlawanan di tempat lawan menentang pasukan daripada setiap pot yang dipilih oleh perisian tersebut.
2) Tiada pasukan daripada persatuan (negara) yang sama akan diundi menentang satu sama lain.
3) Tidak lebih daripada dua lawan daripada persatuan yang sama.
Prosedur yang sama akan diulangi untuk semua pasukan lain sehingga semua pasangan perlawanan selesai diundi.
Bila Perlawanan UCL 2025/26 Berlangsung?
Peringkat Kumpulan
Perlawanan 1: 16–18 September 2025
Perlawanan 2: 30 September–1 October 2025
Perlawanan 3: 21/22 Oktober 2025
Perlawanan 4: 4/5 November 2025
Perlawanan 5: 25/26 November 2025
Perlawanan 6: 9/10 Disember 2025
Perlawanan 7: 20/21 Januari 2026
Perlawanan 8: 28 Januari 2026
Pusingan Kalah Singkir
Play-Off Ke Pusingan 16: 17/18 & 24/25 Februari 2026
Pusingan 16: 10/11 & 17/18 Mac 2026
Suku Akhir: 7/8 & 14/15 April 2026
Separuh Akhir: 28/29 April & 5/6 Mei 2026
Akhir: 30 Mei 2026 (Budapest, Hungary)