Peledak berbisa, Harry Kane mengakui bahawa sangat sukar buatnya untuk mempelajari bahasa Jerman sambil memberikan petunjuk mengenai masa depannya bersama Bayern Munich.
Apabila penyerang itu memilih untuk meninggalkan Tottenham dan berhijrah ke Bayern pada musim panas 2023, beliau menetapkan matlamat besar untuk menguasai bahasa tersebut.
Baca Juga:
- Kane Letak Syarat Penentu Dia Dan Haaland Untuk Menang Ballon d’Or

- ‘Bukan Pencapaian Hebat’, Michael Owen Perkecil Kejayaan Harry Kane Bersama Bayern

- Harry Kane Jawab Sindiran Owen Tentang Keputusannya Ke Bayern Munich

Kini walaupun masih menghadapi kesukaran, kapten England itu telah menyatakan rasa gembiranya terhadap pasukan Bundesliga tersebut.
Cabaran Sukar Buat Harry Kane
“Saya memang sangat menikmati berada di sini! Saya tak boleh bayangkan berada di tempat lain sekarang. Dan hari-hari seperti ini semakin mengukuhkan perasaan itu.”
“Bahasa Jerman okay sahaja. Saya ada kelas selepas latihan hari ini. Baru nak mula semula,” ujar Kane menurut sumber laporan Goal pada September lalu.
“Saya boleh tangkap beberapa perkataan dari semasa ke semasa dan faham beberapa perkara, tapi kena terus berlatih.”
Selepas hampir tiga bulan, Kane tanpa berselindung mengakui hakikat yang dihadapinya dalam usaha mempelajari bahasa Jerman.
“Secara jujurnya, ia sangat sukar. Tetapi saya cuba untuk terus mengikuti dua kelas seminggu. Saya berada di tahap di mana saya mula memahami semakin banyak apabila rakan-rakan bercakap di bilik persalinan.”
“Saya harap menjelang akhir musim, saya boleh mengadakan perbualan ringkas atau bahkan memberikan temu bual pertama saya dalam bahasa Jerman. Saya kini meletakkan sedikit tekanan pada diri sendiri.”