Ketua pasukan England, Harry Kane tampil membalas kritikan yang dilemparkan Micheal Owen terhadapnya kerana memilih untuk menyertai Bayern Munich.

13 musim bersama Tottenham Hotspur termasuk empat kali dipinjamkan, Kane tidak mampu menjulang sebarang trofi dalam kariernya pada ketika itu.

Baca Juga:

Ingin menikmati angin lebih segar dalam karier, Kane akhirnya meninggalkan Tottenham dan menjadikan Bayern Munich sebagai destinasi baharu.

Musim pertama tanpa sebarang piala, beliau akhirnya berjaya membantu Bayern Munich muncul juara Bundesliga 2024/25 yang sekali gus menjadi piala utama pertama dijulang olehnya.

Kejayaan itu bagaimanapun telah diperkecilkan oleh Michel Owen yang mengatakan langkah Kane memilih untuk ke Jerman adalah keputusan gila.

Jawapan Balas Harry Kane

“Mereka (Bayern Munich) menang setiap tahun, tapi itu bukanlah pencapaian besar. Pencapaian sebenar adalah menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.”

Harry Kane yang amat menghormati Owen sebagai legenda England tampil untuk membalas kritikan tersebut.

“Saya ada dengar perkara itu. Semua orang berhak pada pandangan masing-masing. Saya pernah meluangkan sedikit masa dengannya tetapi tidak begitu mengenalinya.”

“Sudah tentu, dia adalah seorang legenda Premier League dan juga legenda England, jadi saya hormat dia sebagai seorang individu.”

“Tetapi akhirnya, seperti yang dia sendiri tahu, setiap karier berbeza. Setiap keputusan dan motivasi juga berbeza,” ujar Harry Kane menurut sumber laporan Goal.

“Saya tahu dia seakan-akan menyindir saya pergi hanya kerana trofi tetapi sebenarnya ia adalah untuk berada di tahap tertinggi selama mungkin.”

“Dan dalam hal itu, saya sangat gembira dapat bermain dalam perlawanan besar, perebutan gelaran, perlawanan besar Liga Juara-Juara dan suku akhir Piala Dunia Kelab.”

“Saya rasa saya semakin baik sebagai pemain, saya menolak diri saya ke tahap maksimum dari segi menjaringkan gol.”

“Pada zaman sekarang memang sukar untuk tidak mendengar perkara-perkara sebegini tetapi keputusan itu adalah yang terbaik untuk saya dan saya sangat gembira saya membuat keputusan itu serta sangat gembira berada di Bayern Munich sekarang,” tambah beliau lagi.

Sumber