Empat pasukan yang bakal beraksi dalam separuh akhir AFC Champions League Elite (ACL Elite) 2025/26 sudah dketahui selepas berakhirnya aksi suku akhir semalam.

Daripada senarai empat pasukan tersebut, dua daripadanya merupakan wakil kelab Jepun iaitu Vissel Kobe dan Machida Zelvia.

Vissel Kobe yang dibimbing Micheal Skibbe terpaksa beraksi hingga ke penentuan sepakan penalti sebelum menang 5-3 selepas aksi 120 minit berkesudahan dengan terikat 3-3.

Jaringan tunggal penyerang pinjaman, Tete Yengi pada minit ke-31 pula sudah cukup buat Machida Zelvia untuk melakar kejutan ke atas Al-Ittihad dari Arab Saudi.

Al-Ahli pula yang beraksi 10 pemain sejak minit ke-38 bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menundukkan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kemenangan 2-1.

Manakala slot terakhir pula diisi wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shabab Al Ahli yang terpaksa beraksi hingga ke masa tambah untuk mengatasi wakil Thailand, Buriram United 3-2.

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan separuh akhir ACL Elite 2025/26:

Separuh Akhir ACL Elite 2025/26

1) Vissel Kobe lawan Al-Ahli – 21 April 2026 – Prince Abdullah Al-Faisal Sports City Stadium, Jeddah – 12.15 Pagi

2) Machida Zelvia lawan Shabab Al Ahli – 22 April 2026 – Prince Abdullah Al-Faisal Sports City Stadium, Jeddah – 12.15 Pagi