Southampton telah disingkirkan secara dramatik daripada perlawanan akhir play-off Championship susulan siasatan disiplin besar berhubung aktiviti pengintipan haram ‘spygate’  di pusat latihan lawan.

Kelab itu juga dikenakan pemotongan empat mata untuk musim hadapan, sekali gus membuka laluan kepada Middlesbrough untuk menentang Hull City di Wembley bagi merebut tempat bernilai tinggi mara ke English Premier League (EPL) 2026/27.

Menurut sumber laporan English Football League (EFL), Southampton telah disingkirkan daripada saingan kenaikan pangkat pasca musim berkuat kuasa serta-merta, sekali gus membatalkan sepenuhnya kemenangan mereka dalam separuh akhir play-off baru-baru ini.

The Saints sebelum ini menewaskan Middlesbrough untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir di Wembley menentang Hull City yang akhirnya berjaya menenangi perlawanan tersebut.

Southampton Terima Hukuman

Namun begitu, sebuah Suruhanjaya Disiplin Bebas telah menyingkirkan kelab tersebut selepas  melakukan pelbagai pelanggaran peraturan EFL berkaitan rakaman tanpa kebenaran sesi latihan pihak lawan, termasuk sesi latihan pasukan Hull City.

Pertuduhan tersebut mula timbul pada 8 Mei, dengan pelanggaran tambahan kemudian dikenal pasti melibatkan perlawanan menentang Oxford United, Ipswich Town dan Middlesbrough sepanjang kempen 2025/26.

Southampton dilaporkan mengaku melanggar peraturan yang mewajibkan kelab bertindak dengan penuh niat baik serta melarang pemerhatian terhadap sesi latihan kelab lain dalam tempoh 72 jam sebelum sesuatu perlawanan dijadualkan berlangsung.

Disebabkan hukuman berat ini, kemuncak musim tersebut telah berubah sepenuhnya, sekali gus memberikan Middlesbrough dan Hull City peluang kedua yang tidak dijangka.

Sumber