Abby Abadi berpendapat bahawa Aslam tidak sesuai berpoligami kerana dia tidak berkemampuan.

Anak kepada Abby Abadi iaitu Marissa sebelum ini dilaporkan telah bernikah di Thailand untuk menjadi isteri kedua Aslam.

Baca Juga:

Hubungan Aslam dan Marissa sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi memandangkan Aslam merupakan suami orang.

@melodiberapi

Ini jawapan suami Marissa!! #meloditv3 #aslam #mariisa #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral🖤tiktok #wedding #marissadaniahakim #fypシ゚viral

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Ditanya tentang penerimaannya ke atas Aslam, Abby Abadi menerusi sesi temubual dengan Dato’ Aliff Syukri, menegaskan bahawa dia tidak nampak Aslam sebagai seorang suami yang boleh berpoligami.

Abby Abadi berkata: “Aslam bukanlah orang yang boleh berpoligami. Saya tak nampak pun, sebab dia tak berkemampuan.”

Abby Abadi meneruskan bicaranya dengan menyatakan bahawa Marissa sudah banyak berubah. Dan dia memberitahu bahawa mereka sebagai keluarga telah menjaga Marissa dengan sehabis baik.

Lalu Abby Abadi merasakan ada perkara lain yang mempengaruhi anaknya Marissa sehingga melakukan perkara yang di luar jangkaan dia dan Norman Hakim.

“Keluarga tidak tahu dia ada hubungan dnegan lelaki ini [Aslam]. Anak yang saya jaga dari kecil, yang dahulunya saya nampak tidak seperti sekarang.

“Saya rasa ada sesuatu yang membuatkan anak saya macam berpusing 360 darjah, macam bukan dia. Benda itu memang di luar jangkaan saya dan ayahnya.

“Kami dah sehabis baik menjaganya. Cuma saya tidak tahu kenapa sampai ke tahap macam tu dia boleh buat.”

@ohbulanofficial

Abby Abadi buka mulut mengenai Aslam #ohbulan #sembangentertainment #abbyabadi #cakap #aslam #bukan #orang #yang #boleh #berpoligami #marissadania #misyamazlan

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!