Netizen Amerika Syarikat akui malu melihat Ahli Majlis Los Angeles, Heather Hutt yang berharap Son Heung Min boleh membantu negara mereka menjuarai Piala Dunia yang akan datang.

Terutama sekali Pila Dunia 2026 yang akan dianjurkan bersama oleh Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico.

Hutt yakin Son bantu Amerika Syarikat julang Piala Dunia

Ahli Majlis bandaraya Los Angeles daripada Parti Demokrat, Heather Hutt, mengalu alukan kedatangan Son Heung Min ke LAFC.

Hutt berkata: “Bukannya nak bagi tekanan, namun apabila Piala Dunia tiba nanti, kita berharap akan menjuarainya di sini di LA, untuk Amerika Syarikat.

“Kami di  sini menyokong kamu untuk menyempurnakannya.”

Son kelihatan agak bingung dengan kenyataan tersebut. Kerana dia hanya bermain di kelab LAFC. Sedangkan dia adalah pemain pasukan kebangsaan Korea Selatan, bukannya Amerika Syarikat.

Son Heung Min rasmi menyertai LAFC sebagai ejen bebas. Dia meninggalkan Spurs selepas sedekad bersama kelab tersebut.

Son Heung Min merasakan sudah tiba masanya untuk berpisah dengan kelab yang dia sayangi itu dan merasai cabaran baharu.

Son ada pilihan lanjutan setahun lagi dalam kontraknya bersama Spurs, namun dia memutuskan untuk meninggalkan kelab itu, selepas membantu mereka menjuarai UEL musim lalu.