Beberapa bulan lalu, netizen Malaysia menyerang mak cik Kemboja yang biadap dengan orang Melayu, kini giliran akak Vietnam pula rasis, yang menghina orang Melayu dan beragama Islam serta Raja-Raja Melayu.
Seorang netizen berkongsi detik dia bersembang dengan Na Tran di Facebook, Na Tran merupakan pemilik kedai makanan yang bertemakan makanan Vietnam di Sungei Wang.
Baca Juga:
- Tersingkir Piala Asia 2023, Ranking Vietnam Jatuh Mendadak
- Penjual Mee Di Vietnam Ditahan Polis Kerana ‘Tiru’ Aksi Salt Bae
- Tinggalkan Dunia Glamor, Bekas Ratu Cantik Vietnam Kini Pilih Jadi Petani Dan Hidup Sederhana Di Kampung
Lelaki yang bernama Ahmad Zul telah memilih makana Vietnam untuk sambutan harijadi anaknya. Dan dia tertarik dengan promosi yang dibuat oleh Wow Roti di Facebook.
1. Selepas kontroversi Makcik Kemboja, netizen dikejutkan pula dengan keceluparan seorang Makcik Vietnam yang bukan sahaja menghina orang Melayu dan agama Islam, malah dilihat memperlekehkan Raja-Raja Melayu.
“Rakyat Malaysia bermentaliti rendah, patutlah Singapura pun keluar.” pic.twitter.com/wvpXXjwfbo
— FWB et cætera (@BMVFM) January 30, 2024
Namun perbualan Zul dengan Na Tran bertukar menjadi tegang hanya kerana Zul bertanyakan status halal pada premis perniagaan tersebut.
Akak Vietnam yang rasis itu malah menyindir orang Melayu sebagai terlalu cerewet mencari makanan halal sambil memberitahu bahawa makanan yang ada babi jauh lebih sedap.
Dan dia mengakui mengenali ramai orang muslim di Malaysia yang sembunyi sembunyi makan babi sebab sedap.
Na Tran berkata: “Kamu nak makanan tanpa babi kan? Kenapa sibuk sangat nak tahu tentang sijil halal bedebah tu kalau aku sebagai pemilik dah bagitahu makanan aku tak ada babi?
“Kamu ingat aku suka-suka nak bagi pelanggan Muslim aku makan babi tanpa mereka sedar?
“Aku tahu ramai Muslim di Malaysia makan babi secara sorok-sorok sebab rasanya enak. Saya pun selalu bagi kawan Melayu muslim saya makan babi. Kau nak rasa tak?”
Ahmad Zul benar benar bengang dengan sikap biadap Na Tran dan mengetahui sebenarnya dia sebenarnya memang orang Vietnam yang menetap dan berniaga di sini.
“Kalau aku warga asing pun apa kena-mengena dengan kamu? Aku berstatus sah dan ada dependent pass. Aku berhak menyuarakan pendapat aku,” tegas Na Tran.
Ahmad Zul kemudian mengingatkan wanita itu bahawa dia tidak sepatutnya berniaga di Malaysia, apatah lagi membuat komen yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
Na Tran mempertahankan dirinya: “Kamu siapa nak soal siasat aku macam ni? Tiada siapa pun berhak mempersoalkan warga asing, termasuklah Raja-Raja Melayu!”
Na Tran turut menghina burger Ramly yang dituduhnya dibuat di tepi longkang.
“Macam manalah kamu boleh telan burger buat tepi longkang tu? Kamu tanya aku tentang pihak berkuasa kan?
“Tapi kenapa pihak berkuasa kamu tak ambil tindakan terhadap penjual burger Ramly? Burger kamu jauh panggang dari api berbanding Banh mi Vietnam lazat kami yang disediakan dalam keadaan bersih,” tulisnya lagi.
Bukan itu sahaja, Na Tran turut menghina nasi lemak sebagai makanan yang membosankan tidak ada standard untuk memikat pelancong asing.
Dia terus menghina bangsa Melayu sebagai tiada pelajaran, tiada kemahiran dan menganggap selayaknya terus menjadi pemandu seumur hidup. Sambil mengalu alukan Zul datang ke Vietnam untuk bekerja mencuci tandas di sana.
“Aku ada jual nasi lemak dalam menu tapi hanya untuk DISPLAY. Aku pun tak cadangkan pelanggan beli.”
“Tiada pelajaran, tiada kelayakan, tiada skil dalam bisnes, selayaknya kamu semua jadi pemandu seumur hidup. Kalau tak nak kerja tu, marilah datang Vietnam kerja cuci jamban, nak tak?”
Selepas diviralkan dan mendapati ramai netizen Malaysia memberikan komen di Facebooknya, Na Tran panik dan menyatakan bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah menggodam Facebooknya.
“Itu akaun palsu yang menyamar sebagai saya. Saya cuma ada satu akaun. Itu akaun palsu. Tolong saya!” tulis Na Tran.
Dia mendedahkan dia tidak pernah berniaga di sini, malah memberitahu bahawa rakan rakannya di Malaysia pun tahu itu bukan dia.
Ramai netizen meminta pihak berkuasa menyiasat Na Tran. Dan mahukan penjelasan bagaimana warga asing sepertinya boleh berniaga kedai makan di sini?
Semakin ramai meninggalkan reviu 1 bintang di Google untuk Wow Roti kerana pemiliknya seorang rasis.
Namun ada juga yang menyatakan, mungkin betul itu adalah Na Tran palsu, dan mungkin yang palsu itu adalah orang Malaysia sendiri berdasarkan ayat Bahasa Inggerisnya yang sangat baik. Itu akan menjadi lebih menyakitkan hati.