Impian pelari pecut wanita Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce memburu pingat emas dalam acara 100 meter (m) di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila gagal kelihatan ketika saingan separuh akhir.
Menurut laporan Reuters, pemenang pingat emas olimpik dua kali itu tidak dibenarkan masuk ke Stade de France oleh pegawai keselamatan atas peraturan setiap peserta perlu menaiki bas pasukan masing-masing.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Shelly-Ann yang bertanding pada temasya kelimanya pada usia 37 tahun sepatutnya berlari pada saringan kedua tetapi diumumkan sebagai “tidak bermula” dalam acara rasmi.
They are not allowing Shelly in the warm up area because she didn’t come on the team bus ‼️ pic.twitter.com/HKg3a08QMZ
— Aljavaughnie (@MAljavonie52406) August 3, 2024
Penganjur mengumumkan penarikan diri Shelly-Ann akibat masalah hamstring, namun terdapat video yang sempat dirakam oleh individu tidak dikenali dimuat naik di media sosial menyaksikan dia bertengkar dengan pegawai yang tidak akan membenarkan kenderaan mereka masuk.
“Mereka telah menukar peraturan. Kami datang melalui pintu ini sebelum ini tetapi sekarang mereka mengatakan atlet yang telah pergi tidak boleh menggunakan pintu ini,” katanya.
Shelly-Ann Fraser-Pryce 🇯🇲 voicing out over a change of rules between yesterday & today.
She is supposedly not being allowed into the warmup area.#Paris2024 pic.twitter.com/auANpTeuda
— Track & Field Gazette (@TrackGazette) August 3, 2024
Susulan itu, Shelly-Ann meluahkan rasa kecewa tidak dapat membawa cabaran Jamaica dan memohon maaf kepada peminatnya.
“Agak sukar untuk saya menggambarkan kekecewaan yang saya rasai ketika ini. Saya tahu bahawa peminat sentiasa meletakkan harapan kepada saya.
“Saya benar-benar bertuah kerana mendapat sokongan padu peminat sejak penampilan sulung saya di Olimpik pada 2008.
“Sokongan dari peminat, sokongan dari negara saya dan komuniti yang lebih besar membuatkan saya mahu berterima kasih yang tidak terhingga sepanjang perjalanan karier saya.
“Dengan setiap langkah dan kemenangan, anda semua telah berada di sana untuk saya. Terima kasih kerana terus bersama saya hari ini dan setiap hari,” katanya.
Dalam acara final 100m wanita, pelari pecut dari Saint Lucia, Julien Alfred muncul memenangi emas sekali gus melakar sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama negaranya di temasya itu.
Pelari 23 tahun itu membuat kejutan di Stade de France apabila menewaskan juara dunia dari Amerika Syarikat (AS), Sha’Carri Richardson dengan catatan 10.72 saat.