Bintang Qatar, Akram Afif dipilih sebagai pemain terbaik Piala Asia 2023 selepas menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir ketika menentang Jordan semalam.
Hatrik Afif memastikan Qatar berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenang pada edisi 2019 dan pemain berusia 27 tahun itu turut muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol.
Baca Juga:
- Hatrik Penalti Akram Afif Pastikan Qatar Muncul Juara Piala Asia 2023
- Final Piala Asia 2023: Info Siaran Langsung Jordan vs Qatar (Live Streaming)
- Piala Asia 2023: Gol Almoez Ali Bawa Qatar Ke Final
✨ 𝐌𝐕𝐏✨
🇶🇦 Akram Afif is the #AsianCup2023 Most Valuable Player!#AsianCupFinal | #HayyaAsia pic.twitter.com/fULiayhQxj
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 10, 2024
Tiga sepakan penalti mewarnai perlawanan akhir dimana ketiga-tiga sepakan penalti diberikan kepada Qatar dan disempurnakan dengan baik oleh Afif.
Penyokong Qatar melonjak kegembiraan pada minit ke-22 selepas Akram menyempurnakan sepakan penalti walaupun Yazeed sudah dapat membaca arah sepakan tersebut.
Sepakan penalti itu dihadiahkan buat Qatar selepas Abdallah Nasib mengasari Akram dalam kawasan penalti.
Tekanan hebat diberikan Jordan pada babak kedua dan turut menguasai permainan nyata membuahkan hasil pada minit ke-67 apabila percubaan kaki kiri Yazan Al-Naimat berjaya menewaskan Meshaal Aissa Barsham.
Kegembiraan Jordan itu hanya mampu bertahan enam minit selepas Akram Afif sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti untuk kembali meletakkan Qatar dihadapan.
Kekasaran dilakukan Yazeed terhadap Akram pada masa kecederaan menyaksikan sepakan penalti ketiga diberikan kepada Qatar.
Akram yang mengambil sepakan tidak berdepan masalah untuk menjadikan kedudukan 3-1 sekali gus melengkapkan hatriknya pada perlawanan ini.
Kejayaan mempertahankan Piala Asia merupakan perkara yang dinantikan oleh peminat bola sepak negara itu selepas Qatar tampil hambar dalam temasya Piala Dunia 2022 di laman sendiri.
Pasukan itu tewas ketiga-tiga perlawanan dan menamatkan saingan di tangga tercorot, yang mana turut menjadi rekod sebagai pasukan tuan rumah yang menampilkan prestasi terburuk dalam sejarah kejohanan.