Barcelona telah memaklumkan kepada Athletic Bilbao bahawa tiada penyokong pasukan pelawat dibenarkan hadir ke Camp Nou pada aksi LaLiga melibatkan kedua-dua pasukan pada Sabtu nanti.
Menurut sumber laporan Goal, alasan utama kelab Catalan itu adalah berkaitan peraturan keselamatan di bawah lesen semasa tidak membenarkan akses bersektor untuk penyokong lawan.
Baca Juga:
- Xavi Dedah Kesilapannya Ketika Bimbing Barcelona

- Rashford Akui Hidupnya Lebih Bahagia Di Barcelona, Tak Berhajat Kembali Ke Man Utd

- Bekas Presiden Barcelona Anggap Marcus Rashford Lagi Bagus Daripada Nico Williams

Keadaan itu sekali gus menyebabkan sekatan luar biasa ini diumumkan hanya beberapa hari sebelum aksi ‘homecoming’ yang telah lama dinantikan.
Barcelona Kembali Ke Camp Nou
Perlawanan ini menandakan aksi kompetitif pertama Barca di gelanggang keramat mereka sejak Mei 2023, namun tajuk utama kali ini ialah sekatan luar biasa yang dikenakan terhadap penyokong pelawat ketika kelab itu berdepan peraturan separuh kapasiti.
Athletic Club mengesahkan perkembangan itu dalam satu kenyataan rasmi, menyatakan: “FC Barcelona tidak dapat memperuntukkan tiket penyokong pelawat kepada Athletic Bilbao.”
Kelab Basque itu turut menjelaskan sebab yang diberikan oleh Barca yang menerangkan bahawa lesen Fasa 1B semasa ‘tidak membenarkan jaminan pemisahan, kawalan dan syarat perlindungan minimum yang ditetapkan oleh peraturan untuk menganjurkan penyokong lawan.’
Pihak Barcelona juga mendedahkan laluan masuk dan keluar yang tersedia ‘tidak membenarkan pembentukan laluan eksklusif untuk penyokong pelawat’, sekali gus menyebabkan pertembungan dengan penyokong tuan rumah tidak dapat dielakkan.
Selain itu, bahagian tempat duduk yang masih dalam proses pembinaan semula juga ‘tidak memiliki elemen struktur yang mencukupi untuk mengasingkan dan menetapkan sempadan sektor penyokong pelawat dengan selamat.’
Tanpa ciri-ciri ini, kelab tersebut tidak dapat menyediakan kawasan khas penyokong pelawat uang merupakan satu keperluan wajib di bawah peraturan La Liga dan keselamatan tempatan.