Pemain sayap Manchester United, Alejandro Garnacho menghantar satu mesej jelas kepada kelabnya untuk segera menjual pemain itu ke Chelsea.
Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan Garnacho dan sedang berada dalam rundingan untuk menandatangani pemain itu.
Baca Juga:
- Bakal Pemain Chelsea Ini Jadi Penjaring Termuda Dalam Sejarah UCL

- Pembinaan Stadium Baharu Manchester United Tergendala Kerana Harga Tanah Terlalu Mahal

- Ruben Amorim Tidak Setuju Dokumentari Manchester United Oleh Amazon Prime

The Red Devils pada mulanya mahukan £70 Juta untuk Garnacho, telah mengurangkan harga mereka kepada £50 Juta dengan harapan beliau segera meninggalkan kelab.

Ugutan Alejandro Garnacho Kepada United
Menurut Fabrizio Romano, Garnacho telah memberitahu United untuk mengatur perpindahannya ke Chelsea atau dia akan duduk di bangku simpanan untuk enam hingga 12 bulan akan datang.
Garnacho dan Chelsea dilaporkan sudah bersetuju dengan syarat masing-masing namun menunggu lampu hijau dari United untuk menyelesaikan perpindahan itu.

Secara keseluruhan, Garnacho telah bermain 144 perlawanan untuk Manchester United dan menjaringkan 26 gol, sambil memberikan 22 assist.
Garnacho diberitahu oleh Amorim untuk mencari kelab baharu, selepas pemain sayap itu tidak berpuas hati duduk di bangku simpanan dalam perlawanan akhir Liga Europa.

United setakat ini telah berjaya mendapatkan khidmat tiga pemain di bahagian serangan iaitu Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan Benjamin Sesko.