AmBank telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung video tular di mana pengawal keselamatan dan seorang lelaki telah mengasari seorang gelandangan.
“Kami sedar tentang sebuah video yang sedang tular melibatkan insiden tidak diingini antara seorang pengawal keselamatan pihak ketiga dan seorang lelaki yang dipercayai seorang tukang kasut yang didakwa telah melayan seorang individu dengan tidak wajar di luar cawangan Taman Maluri kami.
Baca Juga:
- Pempengaruh Disiasat Selepas Tular Video Beri ‘Sisa Makanan’ Kepada Gelandangan

- Beri Gelandangan Makan Nasi Dengan Tulang, Ini Penerangan ‘Content Creator’

- Video: Gelandangan Ditendang Dan Disiram Air Di Laluan Pejalan Kaki Ini Raih Perhatian Ramai

“Kami amat prihatin dan sedih dengan apa yang telah berlaku. Tiada sesiapa pun wajar diperlakukan sedemikian, dan keselamatan semua yang berada di kawasan premis kami sentiasa menjadi keutamaan.
“Pengawal keselamatan yang terlibat sebenarnya bekerja di bawah penyedia perkhidmatan keselamatan luar yang dilantik oleh Bank. Walau bagaimanapun, kami mengharapkan semua individu yang mewakili Bank, termasuk vendor dan rakan kerjasama, untuk mengekalkan tahap profesionalisme tertinggi.
“Kami juga bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkaitan dan komited untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang.
“Terima kasih rakyat Malaysia, atas keprihatinan dan kepedulian anda terhadap satu sama lain.
“Bank anda. Bank Malaysia. AmBank,” jelas bank tersebut.