Bek kanan Liverpool, Andy Robertson telah mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan The Reds apabila kontraknya tamat pada penghujung musim ini.
Beliau menjadi legenda kedua kelab yang mengumumkan pemergian pada musim panas selepas Mohamed Salah, yang telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya setahun lebih awal.
Perkembangan terkini itu disahkan Liverpool menerusi kenyataan dikeluarkan di laman sesawang rasmi kelab tersebut.
Pengumuman yang sekali gus merungkaikan tempoh sembilan tahun yang sangat berjaya bersama kelab itu pada penghujung musim 2025/26.
Andy Robertson mencatatkan 82 penglibatan gol dalam 373 penampilan bersama The Reds, membantu mereka memenangi dua kejuaraan English Premier League serta UEFA Champions League, selain pelbagai trofi lain.
Ditandatangani dari Hull City pada tahun 2017 dengan yuran yang dianggap “bargain” sekitar £8 juta, peningkatan sosok tubu dengan nama penuh Andrew Henry Robertson itu mmeningkat ke tahap tertinggi dalam bola sepak.
Beliau telah mengukuhkan status sebagai antara bek kiri terbaik dalam sejarah Premier League, dengan tenaga tanpa henti serta keupayaan hantaran silang yang menjadi asas kepada identiti taktikal Liverpool.
Andy Robertson Bakal Ucap Selamat Tinggal Liverpool
“Tidak mudah untuk meninggalkan kelab seperti Liverpool.”
“Kelab ini telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan saya dan keluarga saya selama sembilan tahun terakhir, tetapi saya tahu bola sepak akan terus bergerak.”
“Saya tahu pasukan akan terus berubah dan sekarang adalah masa untuk saya meneruskan langkah. Saya akan sentiasa mengingati kenangan indah di kelab bola sepak ini.”
“Saya telah memberikan hati dan jiwa saya kepada kelab ini dan apabila saya mendapat peluang, saya hanya mahu membuat semua orang dalam kelab ini dan para penyokong bangga dengan prestasi bek kiri yang mereka lihat setiap minggu.”
“Saya tahu perjalanan saya hampir berakhir. Ia satu perjalanan yang luar biasa, tetapi saya tidak akan berhenti memberi yang terbaik.”
“Kelab ini bermakna segala-galanya untuk saya, para peminat bermakna segala-galanya, dan saya rasa saya berhutang kepada mereka untuk terus memberi segalanya sehingga hari terakhir saya.”
“Sembilan tahun ini akan saya kenang dengan senyuman besar. Ia benar-benar satu perjalanan yang luar biasa,” tambah Robertson lagi.