Atlet lompat galah Perancis, Anthony Ammirati merasa kecewa selepas alat sulitnya menjadi punca beliau gagal untuk memenangi sebarang pingat dalam temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Ammirati menjadi viral di laman media sosial susulan alat sulitnya yang tersangkut di palang dalam acara yang disertainya dan perkara itu menjadi perbincangan di laman media sosial.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Baca Juga:

Bercakap buat kali pertama selepas insiden itu, Ammirati nyata kecewa kerana beliau gagal untuk meraih sebarang pingat di temasya yang berlangsung di negaranya.

“Ia satu kekecewaan besar. Saya agak kecewa kerana saya melepasi percubaan ketiga pada ketinggian 5.70 meter. Apa yang saya terlepas adalah sedikit melompat ketika sesi latihan.

“Ini kali pertama saya memasuki kejohanan tanpa sebarang tekanan. Saya hanya ada satu tujuan, bertanding dan menampilkan prestasi yang cemerlang untuk khalayak ramai. Saya hampir untuk mencapainya,” kata Anthony Ammirati.

Meskipun gagal meraih sebarang pingat, Ammirati kemudiannya mendapat satu peluang yang boleh menjadikan beliau sebagai jutawan dalam sekelip mata.

Difahamkan syarikat hiburan dewasa, CamSoda sedia menawarkan $250,000 (kira-kira RM1.1 juta) sebagai pertukaran untuk pertunjukan cam selama 60 minit.

Menurut US Weekly, Naib Presiden CamSoda, Daryn Parker telah membuat tawaran itu kepada Ammirati, 21, untuk mempamerkan asetnya sebagai pertukaran dengan habuan yang besar.

“Walaupun anda tidak membawa pingat emas, anda masih boleh merampas emas daripada peminat anda melalui CamSoda- itu masih dikira untuk sesuatu bukan?” tulis pada surat tawaran tersebut.

Malah, Naib Presiden laman dewasa itu meminta atlet terbabit untuk menayang aset kelakian kepada dunia dengan yakin dan patut membuat acara temasya sukan Olimpik tersendiri.

Setakat ini, Ammirati masih belum memberi respons dengan tawaran itu yang digelar sebagai rezeki terpijak oleh sejumlah netizen di media sosial.