Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa kumpulan pop ternama Coldplay merupakan antara kumpulan yang menyokong Palestin.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membincangkan tentang desakan sesetengah pihak agar membatalkan sahaja konsert Coldplay yang dijadualkan pada Rabu ini.

Baca Juga:

Menurut perdana menteri, rakyat harus tahu bahawa Coldplay merupakan pendukung pembebasan Palestin sejak dari dulu lagi.

Datuk Seri Anwar Ibahim sedar akan kritikan dan desakan daripada pihak yang mahu konsert ini dibatalkan kerana Palestin.

Antara yang lantang bersuara adalah mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr Luqman Abdullah. Di mana Luqman menganggap konsert itu tidak seharusnya dibenarkan kerana Coldplay adalah pejuang LGBTQ.

Ianya dianggap tidak memberikan sebarang manfaat kepada masyarakat. Menerusi Facebooknya, Luqman berkata:

“Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengambil berat penganjuran konsert Coldplay yang akan diadakan pada 22 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.”

“Penganjuran program yang melalaikan ini tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini. Lebih-lebih lagi, kumpulan muzik ini dikaitkan dengan kumpulan tidak bermoral yang mempromosikan LGBT.”

“Kami menasihatkan penganjur agar tidak meneruskan program ini dan juga menasihatkan masyarakat agar tidak memberi sokongan kepada program ini yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini.”

“Bagi masyarakat Islam, perlu difahami hiburan dalam Islam ada batasannya yang perlu dipatuhi dan mana-mana jenis hiburan yang terkeluar daripada batasan ini adalah bertentangan dengan hukum syarak.”

Bercakap di Dewan Rakyat, Anwar berkata, dia sedia berbincang dengan mufti Wilayah Persekutuan itu memandangkan kumpulan Coldplay juga merupakan antara artis yang lantang menyokong pembebasan Palestin.

Anwar berkata: “Berkenaan dengan konsert kumpulan Coldplay. Kumpulan Coldplay ini di antara kumpulan yang menyokong Palestin.”

“Jadi ada masalah sedikit yang saya nak beritahu. Dalam kerajaan lalu pun ada luluskan konsert juga. Jadi saya akan bincang dengan mufi [WP] keadaan ini.”

“Ada pelobi pelobi dari gerakan [pro] Palestin yang menyokong, memberikan pandangan kepada saya Menteri Luar [Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir] dan kepada pejabat saya, menyatakan mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan.”

“Tetapi oleh kerana perkara ini dibangkitkan, kerana beberapa isu lain yang tidak kita setuju, itu saya akan bincang semula.”