Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan bahawa beliau tidak panik akibat dua kekalahan berturut-turut yang dialami skuad kendaliannya.

Selepas tewas kepada Manchester City 0-2 dalam aksi final Piala Carabao, The Gunners ditunjukkan jalan keluar oleh Southampton pada suku akhir Piala FA yang menyebabkan musim Arsenal kini berada di ambang genting.

Sebaliknya keadaan itu tidak merisaukan Arteta sambil beliau berjanji untuk menghapuskan ‘kesakitan’ tersebut dengan mencatatkan kemenangan ke atas Sporting Lisbon pada aksi UEFA Champions League (UCL) awal pagi esok.

Dengan dua harapan trofi untuk dimenangi sudah pun terkubur, Arsenal kini masih berpeluang dalam memenangi English Premier League (EPL) dan UCL.

Tottenham Hotspur
Kredit Foto: Glyn KIRK / AFP

Arteta Tak Panik

“Apa yang perlu ada adalah kejelasan. Bukan panik, tetapi faham jika perkara itu berlaku, kenapa ia berlaku, dan bawa kejelasan.”

“Apabila anda menganalisisnya dan menerimanya, anda akan jadi lebih baik. Itu sahaja, dan itulah perkara yang perlu kami lakukan.”

“Lihat dari perspektif betapa sukarnya situasi ini. Rasai kesakitan itu, rasai emosi itu, dan gunakannya untuk jadi lebih baik serta terus berkembang.”

'Kami Lebih Bermotivasi', Arteta Tak Panik Walaupun Arsenal Tewas Dua Kali Berturut-Turut
Kredit Foto: Alberto PIZZOLI / AFP)

“Ada beberapa perkara yang kami telah bincangkan secara dalaman, dan saya sangat yakin esok kita akan nampak hasilnya.”

“Saya tahu apa maknanya kepada mereka, dan saya tahu betapa mereka mahukannya. Sekarang adalah masa untuk menunjukkannya, dan kami perlu melakukannya esok pada tahap tertinggi.”

“Kami lebih lapar daripada sebelumnya, sangat teruja dan sangat-sangat bermotivasi,” ujar Arteta menurut sumber laporan Sky Sports.

Sumber