Salah satu kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Aston Villa dikecam oleh peminat bola sepak dunia selepas enggan membayar selepas menggunakan khidmat pereka grafik.

Menurut Lew Visual di laman X, Villa masih belum menyelesaikan proses bayaran selepas beliau membuat satu grafik untuk kelab itu pada bulan Oktober tahun lalu

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Mereka menadatangani ramai pemain namun masih gagal untuk menjelaskan bayaran untuk grafik yang saya buat pada Oktober tahun lalu,” tulisnya.

Aston Villa Untung Besar

Ketika jendela perpindahan musim sejuk yang baru saja ditutup, Aston Villa membuat keuntungan besar selepas mereka menjual salah seorang penyerang pasukan kepada kelab Liga Pro Saudi iaitu Al-Nassr.

Aston Villa
Jhon Duran

Pemain kelahiran Colombia itu menyertai Al-Nassr dengan yuran perpindahan sebesar £75 Juta dan menerima gaji sebanyak £325,000 seminggu, sekaligus menjadikan beliau sebagai antara pemain yang menerima gaji tertinggi di Liga Pro Arab.

“Wang bukan satu motivasi buat saya. Saya gembira dengan langkah ini. Ramai orang membuat spekulasi, tetapi hanya keluarga saya, ejen saya dan saya tahu sebab di sebalik keputusan saya.

“Ia bukan satu langkah ke belakang, liga kompetitif dengan ramai bintang. Orang yang berfikir sebaliknya harus menonton saya bermain di atas padang.

“Saya teruja untuk belajar daripada bintang bola sepak terbaik di dunia [Ronaldo]. Saya tidak sabar untuk berkembang bersamanya,” kata Duran.

Aston Villa
Kredit Foto: Aston Villa FC

Untuk menggantikan Duran, Aston Villa mendapatkan dua pemain iaitu Marcus Rashford secara pinjaman dari Manchester United dan Marco Asensio turut secara pinjaman dari Paris Saint-Germain.

Selain itu, tiga lagi pemain dibawa masuk oleh Villa iaitu Axel Disasi (pinjaman dari Chelsea), Andres Garcia (Leganes) dan Donyell Malen (Borussia Dortmund).