Atlético Madrid dilaporkan sudah membuka pintu untuk menjual Julián Alvarez kepada Arsenal dan mereka tetap bertegas tidak mahu penyerang Argentina itu berpindah ke Barcelona.

Menurut laporan terkini, Atletico lebih sanggup menerima tawaran daripada Arsenal kerana enggan menguatkan pesaing secara langsung di La Liga. Situasi ini memberikan kelebihan besar kepada Arsenal yang sedang berusaha mendapatkan Alvarez sebelum jendela perpindahan ditutup.

Arsenal dikatakan bersedia menyediakan pakej bernilai lebih £100 juta untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu. Malah, terdapat laporan bahawa Arsenal sedang mempertimbangkan struktur perjanjian yang turut melibatkan Viktor Gyökeres.

Masalahnya, Alvarez sendiri masih mahu Barcelona. Penyerang itu dilaporkan sudah menolak peluang untuk menyertai Arsenal kerana Barcelona merupakan destinasi pilihannya.

Atletico pula tidak berminat untuk membenarkan dia menyertai Barça, sekali gus mewujudkan kebuntuan dalam saga perpindahan ini. Atletico malah meminta Barca mengaktifkan klausa pelepasan €500 juta jika mahukan Alvarez.

Tetapi untuk Arsenal, Atletico sedia melepaskan pemain itu dengan harga €150 juta sahaja.

Kini Atletico berharap akan dapat berunding dengan Julian Alvarez tentang perkara itu.

Situasi Alvarez kini benar benar tegang. Dan ketegangan semakin meningkat selepas Álvarez menerima ejekan daripada sebahagian penyokong Atlético ketika aksi menentang Villarreal.

Siego Simeone kemudian menjelaskan bahawa kelab sendiri mengarahkan Alvarez terus masuk ke terowong selepas perlawanan atas faktor keselamatan.