Kampung Kuala Hau di Kelantan menjadi buah mulut orang ramai pada ketika ini apabila air banjir yang berada di kawasan itu bertukar menjadi warna hijau.

Menerusi carian ‘air hijau kampung hau’ di TikTok, didapati ramai penduduk setempat tidak melepaskan peluang melalui jambatan Kuala Hau untuk melihat fenomena air hijau itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Penduduk setempat menyatakan perkara itu bukanlah baharu, fenomena itu sudah berlaku sejak tiga tahun lalu apabila musim banjir, petik Berita Harian.

@fhraslfikahmd_

Replying to @نور فتيه 🖤🦋 memang cantik betul ciptaan Allah ✨ ni view pagi ni. Yg duk kata pakai filter/edit tu boleh tengok vtt ni 📍Gertok Panjang Kampung Kuala Hau Temangan Kelantan #banjirairhijau #banjirkelantan2023 #banjirkelate2023

♬ penjaga hati – Nadhif Basalamah

Penduduk kampung, Wan Syafiq Wan Suhaimi, 23, berkata kawasan berkenaan adalah anak sungai dan bertukar menjadi lautan hijau apabila hujan lebat berterusan.

“Air mula bertukar kehijauan pada Sabtu lalu dan penduduk kampung merakam situasi berkenaan sehingga tular di media sosial.

“Tiga tahun lalu, fenomena ini belum tular kerana dianggap perkara biasa bagi penduduk,” katanya.

Sementara itu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan dilapor akan mengambil sampel air sungai di kawasan itu untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi mengenalpasti kandungan bahan pencemar serta menyiasat punca terjadinya fenomena air berwarna hijau.

@shopbylieyaa

hk mno oyk edit tu g laa tgk sdiri.. bru puas hati😚 #banjir2023 #airhijau💚 #kampungkualahautemanganmachangkelantan #fyp #fypp

♬ bunyi asal – ShopByLieyaa – ShopByLieyaa

“Keputusan kimia sampel air yang diambil akan diketahui dalam masa yang terdekat,” jelas Pengarahnya, Wan Aminordin Wan Kamaruddin.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan netizen, mereka mengganggap fenomena itu perlu dilihat sendiri sekali seumur hidup.

Ada yang melontarkan cadangan supaya tempat itu ‘dicantikkan’ supaya menjadi tempat tumpuan pelancong.

Bagaimanapun idea tersebut ditolak ramai kerana fenemona itu mungkin terjadi hanya bila berlaku banjir sahaja — apabila air sudah surut, tiada lagi ‘air hijau’ di situ.