Bilik persalinan Barcelona pada ketika ini berada dalam keadaan kucar-kacir selepas dua bintang muda, Gavi dan Fermin Lopez dikatakan bergaduh besar hingga hampir bertumbuk.
Insiden tersebut juga turut diburukkan lagi dengan laporan mengatakan Gavi mahu rakannya itu pergi meninggalkan pasukan.
Baca Juga:
- Barcelona Terus Hadapi ‘Masalah Tahunan’, Sekali Lagi Bergelut Daftar Pemain

- Bekas Presiden Barcelona Anggap Marcus Rashford Lagi Bagus Daripada Nico Williams

- Ini Nasihat Bekas Pemain Barcelona Kelahiran England Buat Marcus Rashford

Menurut sumber laporan Goal, hubungan rapat kedua-duanya yang terjalin sejak zaman remaja di La Masia kini musnah apabila perselisihan peribadi bertukar menjadi permusuhan.
Wanita Punca Bintang Barcelona Bergaduh
Dakwaan mengatakan punca tercetusnya perselisihan faham antara Gavi dan Lopez adalah disebabkan pertelingkahan yang berlarutan antara teman wanita mereka.
Difahamkan kedua-dua wanita itu memang tidak pernah serasi dan ketegangan tersebut kini terbawa-bawa ke dalam hubungan kedua pemain itu.
Goal turut melaporkan bahawa Fermin tidak memberikan sebarang ucapan di laman sosial pada hari ulang tahun kelahiran Gavi pada 5 Ogos lalu.
Sebaliknya pada Rabu, beliau memuat naik gambar hitam putih penuh tanda tanya di Instagram dimana memaparkan dirinya meraikan gol sambil berlutut.
Beberapa minit kemudian, dia menambah dengan hantaran pedas yang penuh sindiran tajam berbunyi:
“Orang jahat tidak akan pernah menang, begitu juga mereka yang berpaling daripada kebenaran atau mereka yang menjadikan pengkhianatan sebagai cara hidup dan pengecut sebagai panji mereka.”
“Itu cuma soal masa. Mereka kalah setiap hari kerana solekan yang menutupi wajah mereka setiap pagi lambat laun akan pudar dan akhirnya mereka akan mendedahkan diri mereka yang sebenar kepada dunia.”
Jelas bahawa perselisihan dua bintang Barcelona ini telah memusnahkan ikatan persaudaraan mereka yang dahulu begitu erat, dengan SPORT melaporkan bahawa “tiada jalan untuk berpatah balik.”
Susulan pertengkaran itu, Gavi yang berang dilaporkan terus berjumpa dengan Alejandro Echevarría, penasihat presiden Barcelona yang berpengaruh dan dipercayai ramai dalam bilik persalinan Barça.
Di situ beliau menyatakan dengan jelas: ‘Fermin mesti pergi’. Berita mengenai permintaan Gavi itu pantas sampai ke pengetahuan Lopez dan menurut sumber dalaman, itulah pencetus kepada hantaran pedas Lopez di Instagram.
Dikhabarkan Hansi Flick telah menghalang perkara tersebut daripada berlaku (membiarkan Fermin Lopez meninggalkan pasukan).
Perkembangan tersebut bagaimanapun tidak mengganggu Fermin Lopez yang berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan Joan Gamper Trophy bertemu Como awal pagi tadi.
Manakala, Gavi pula dimasukkan pada minit ke-68 bagi menggantikan Pedri.