Aplikasi Threads yang menjadi bualan hangat di internet kini sudah pun boleh dimuat turun oleh pengguna platform iOS dan Android seluruh dunia sejak semalam.

Menerusinya, CEO Meta Mark Zuckerberg memaklumkan bahawa aplikasi Threads telah pun melepasi 2 juta pendaftaran dalam tempoh jam pertama. Perkara ini dikongsikan menerusi akaun peribadi Thread milik beliau sendiri sebentar tadi.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Threads

Boleh dikatakan setiap satu jam bakal memperlihatkan sebanyak sejuta pendaftaran baharu selepas diperkenalkan secara rasmi. Malah, semakan kami juga mendapati Threads kini menduduki tempat pertama di dalam carta media sosial di Apple Store.

Bagi yang belum tahu, Threads merupakan sebahagian daripada platform Instagram. Untuk mendaftarnya, pengguna hanya perlu menggunakan akaun Instagram sedia ada lalu akan disambungkan segala maklumat terus ke Thread.

Username yang digunakan juga adalah sama seperti akaun Instagram dan tidak boleh diubah. Masih terlalu awal untuk mengatakan Thread akan menjadi alternatif terbaik untuk menggantikan platform Twitter.

Sumber