Patrick Kluivert baru mengendalikan skuad Indonesia baru satu perlawanan. Dan dia sudah menerima cacian yang teruk di media sosial.
Walaupun sebelum ini menjadi berita sensasi kerana kehadirannya sebagai bekas bintang bola sepak dunia bersama Belanda dan beberapa kelab besar, kini populariti Kluivert berubah kepada perkara yang sebaliknya.
Indonesia dibelasah Australia 5-1 pada aksi kelayakan Piala Dunia bagi kumpulan C untuk pusingan ketiga.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Bukan Permulaan Diharapkan Buat Kluivert, Indonesia Dibelasah Australia
Laman United About menegaskan bahawa harapan tinggi diletakkan kepada Kluivert untuk menjadikan Indonesia bermain cantik dengan corak total football, serta tidak jauh jurang dengan negara yang berada di ranking lebih baik.
Baru satu perlawanan dah dikecam teruk
Namun hakikatnya: “Pertahanan lompong, bolos dengan sangat mudah dan tidak ada kesefahaman di antara pemain.”
Ekspektasi ganti pelatih Patrick Kluivert:
– Main cantik
– Total football
– Tidak tertinggal jauh oleh negara yang rankingnya di atas kitaKenyataan:
– Pertahanan bolong
– Kebobolan dengan sangat mudah
– Gaada chemistry antar pemainMakan tuh main cantik…
— United About (@utdabout) March 20, 2025
Ada juga yang mengingatkan peminat yang kerap mengecam taktikal parkir bas Shi Tae Yong dahulu dan mahukan taktikal total football yang terbuka.
“Mungkin hari ini kita akan faham kenapa,” tegas pundit yang mengingatkan peminat bahawa Shin Tae Yong bukan suka suka membina taktikal yang lebih pragmatik.
Timnas memang blm siap dgn gaya permainan Total Football yg diterapkan oleh Kluivert dgn garis pertahanan tinggi.
Disini Coach STY jelas lbh cerdas. pic.twitter.com/9VdTUGuwuC
— Black Melow (@Belok_dong) March 20, 2025
Netizen yang lain mempersoalkan bahawa, Kluivert dilantik kerana dia berbangsa Belanda dan ramai pemain warisan berdarah kacukan Indonesia-Belanda dalam pasukannya. Ini untuk memudahkan komunikasi.
Namun apa yang berlaku menurut netizen Indonesia adalah mengecewakan. Dan mereka menegaskan lebih baik Shin Tae Yong yang sebelum ini memakai penterjemah, namun permainan lebih baik dan pemain lebih faham.
Penyokong yang lain juga menanggap PSSI membuat kesilapan besar melantik pengurus dari Eropah yang tidak cukup bagus. Bayangkan sahaja, Jurgen Klinsmann dan Roberti Mancini masing masing gagal di Korea Selatan dan Arab Saudi.
Kemudian ada juga tidak suka dengan gaya Patrick Kluivert di tepi padang yang menurut mereka tidak bersungguh sungguh seperti Shin Tae Yong.
Dona menulis: “Dari tadi saya perhatikan Kluivert cuma duduk diam sahaja, tidak ada reaksi berteriak sepertimana Shin Tae Yong.
“Pasukan kamu sedangg ketinggalan, dia malah cosplay patung selamat datang kecamatan.”
Dari tadi ngeliat Patrick Kluivert diem2 aja, ga ada reaksi teriak2 kayak STY.
Woeee tim elu tu ketinggalan, malah cosplay patung selamat datang kecamatan 😡😡#TimnasDay pic.twitter.com/JvQw3mANsL— Donnaa ❤️🖤 (@ForzaDonnaa) March 20, 2025
Bukan itu sahaja ada yang sudah melancarkan kempen mahu Kluivert dipecat walaupun baru satu perlawanan dia mengendalikan secara rasmi.
Bahkan media nan jauh di sana tahu bahwa ini adalah perjudian yg bisa membawa petaka.
Karena pergantian pelatih dan proses naturalisasi ini ditempuh dgn tujuan dan cara2 instan, publik agaknya berhak menuntut hasil instan.
Australia🇦🇺 vs Indonesia🇮🇩 5-1
PECAT KLUIVERT! pic.twitter.com/As2MjhYv0E
— A. Ainur Rohman (@ainurohman) March 20, 2025
Kluivert masih membina pasukan
Harus diakui bahawa Kluivert masih membina pasukan sesuai kehendak taktikalnya. Jadi, dengan baru satu perlawanan dia mengendalikan skuad Garuda, ianya boleh dianggap masa yang sangat singkat untuk melihat hasilnya.
PSSI juga harus bertanggungjawab kerana memutuskan untuk memukar jurulatih pada pertengahan kempen kelayakan Piala Dunia Indonesia.