Baru-baru ini, dilaporkan bahawa usahawan dan pelakon Rozita Che Wan menerima notis isytihar muflis yang didakwa dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya, Shah Alam.

Menerusi laporan, Rozita tampil menjelaskan perkara sebenar dan menegaskan bahawa dia tidak tahu menahu mengetahui notis muflis yang tertera nama ‘Rozita Binti Abu Bakar Bakar @ Che Wan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ini tuduhan merepek. Kalau betul, mesti saya dapat dahulu notis itu. Setakat ini, saya tidak pernah lari daripada membayar cukai.

“Saya tak terkejut pun. Saya membuat pembayaran cukai menerusi ejen hampir RM50,000 secara peribadi untuk sebulan.

“Saya pun tak tahu bagaimana dakwaan tidak berasas ini boleh wujud. Tak apalah, saya serahkan perkara ini kepada ejen yang dilantik,” ujarnya.

Terdahulu, Rozita Che Wan pernah berdepan dengan masalah berkaitan cukai pada 2014 dan ditahan di lapangan terbang KLIA sebelum berlepas ke luar negara.