Syarikat produk kecantikan, Aurebella Beauty memaklumkan pihaknya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Ruhainies yang didakwa telah melanggar kontrak dengan menarik diri dari menjadi duta produk mereka sehingga mereka mengalami kerugian besar.

Susulan itu, Ruhainies menegaskan pihak syarikat tersebut sengaja mencari publisiti menggunakan namanya dan menegaskan mereka tidak menandatangani sebarang perjanjian kontrak untuk menjadi duta kepada produk syarikat tersebut.

Baca Juga:

“Isu ini sebenarnya sangat straightforward. Saya tidak menandatangi sebarang kontrak sebagai duta kepada produk tersebut. Bayaran pun masih ada tertunggak.

“Saya tidak ingin mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Siapa yang mahu bekerja tanpa bayaran kan? Tak akan nak kerja secara percuma?” ujar Ruhainies.

Tambahnya, dia berpesan kepada mana-mana pengasas produk untuk tidak mengambil kesempatan terhadap selebriti. Dalam pada itu, pihak Aurebella Beauty menuntut Ruhainies untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka dan membayar semula kerugian yang dialami syarikat.