Bayern Munich meminta bantuan daripada kerajaan Jerman untuk menggunakan budi bicara dengan memberikan pengecualian berkaitan dengan undang undang buruh kanak kanak.

Bayern Munich berdepan dengan krisis penjaga gol yang serius. Di mana kesemua 4 penjaga gol utama mereka mengalami kecederaan.

Mereka kini cuma ada pilihan untuk menggunakan khidmat penjaga gol Leonard Prescott yang baru berusia 16 tahun.

Dalam undang undang buruh kanak kanak di Jerman, kanak kanak berusia 16 tahun tidak boleh diarahkan bekerja selepas pukul 8 malam.

Oleh sebab itu Bayern Munich berharap kerajaan memberikan pengecualian khas untuk membenarkan Prescott beraksi dalam aksi bola sepak yang lebih pukul 8 malam.

Selain itu Bayern Munich juga sudah menghantar borang kebenaran khas daripada ibu bapa, pengetua sekolah dan doktor untuk membenarkan pemain itu beraksi.

Di Jerman, peraturan berkaitan dengan buruh kanak kanak sudah banyak diberikan kelonggaran terutama sekali melibatkan atlet yang terlibat acara sukan. Mereka dibenarkan terlibat acara sukan sebelum 11 malam.

Untuk acara yang lebih 11 malam, mereka juga harus mendapatkan kebenaran khas. Sebagai langkah awal, kelab akan terus memohon untuk pelepasan selepas pukul 8 malam yang digunakan untuk peraturan buruh kanak kanak secara umum.

Namun ada kelab yang tidak mahu mengambil risiko bermain dengan perundangan Jerman. Misalnya, Schalke 04 dahulu, Max Meyer akan dikeluarkan sebelum pukul 8 malam.

Jika Bayern gagal mendapatkan kebenaran tersebut untuk Leonard Prescott, maka satus satunya pemain yang ada rekod menjadi penjaga gol di peringkat profesional ialah Harry Kane.