Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge mengakui bahawa Pep Guardiola turut membantu kelab tersebut dalam membawa masuk pengurus baharu, Vincent Kompany.

Kelab gergasi Jerman itu membuat pengumuman mengejutkan selepas mengesahkan kedatangan Kompany yang sebelum ini bersama Burnley.

“Pep Guardiola juga membantu kami dengan Kompany, dia sangat memuji Vincent sebagai jurulatih berbakat. Pep mengenali Vincent dengan baik dan pendapatnya sangat dihargai,” ujar Rummenigge menurut sumber Manchester Evening News.

Bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Kompany gagal menghalang Burnley daripada kembali semula ke EFL Championship apabila The Clarets sekadar menamatkan musim 2023/24 di kedudukan ke-19.

Keadaan itu bagaimanapun tidak langsung mengangganggu perancangan pengurusan tertinggi Bayern Munich untuk membawa masuk pengendali kelahiran Belgium itu ke Allianz Arena.

Saingan Bundesliga nyata bukan asing buat Vincent Kompany kerana beliau pernah beraksi selama dua musim bersama Hamburger SV bermula musim 2006/07 sebelum menyertai Manchester City.

Kemampuan hebatnya sebagai pemain dan pengurus turut diakui sendiri Pep Guardiola dimana mereka pernah bekerjasama selama empat musim.

Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah Guardiola sudi membantu bekas kelabnya itu dalam usaha untuk menjadikan Kompany sebagai pengganti kepada Thomas Tuchel.

“Saya amat mengagumi kerja, personaliti dan kepakarannya. Tidak kisah jika dia jatuh liga bersama Burnley.”

“Saya suka Bayern mengambil keputusan terbaik,” kata Guardiola kepada sumber laman sesawang rasmi Bundesliga.

Vincent Kompany juga merupakan seorang yang sangat fasih dalam Inggeris, Belgium dan Perancis dimana ia akan lebih memudahkan tugasannya bersama Bayern Munich.