Pada hari semalam netizen mengecam terhadap ‘gimik’ dilakukan pihak produksi Pertandingan Akhir Bintang Kecil 2023 apabila menukar pemenang bagi tempat juara dan naib juara acara tersebut.

Sehubungan dengan itu Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Datuk Suhaimi Sulaiman tampil membuat video permohonan maaf kepada juara dan naib juara pertandingan Bintang Kecil 2023, Kiki dan Farha berikutan kesilapan teknikal pada pentas akhir, malam tadi.

Baca Juga:

“Video ini untuk Kiki dan Farha iaitu pemenang tempat pertama dan kedua pertandingan Bintang Kecil 2023, semalam.

“Saya tahu perasan Kiki dan Farha tertekan kerana format lampu akan menyala kepada peserta yang menang. Kiki diangkat sebagai juara, tetapi lampu menyala ke atas Farha.

“Jadi, saya minta maaf bagi pihak RTM dan akhirnya, kita selesai pertandingan itu,” katanya.

@lanyishak

Harap di perbaiki di masa akan datang.. #kemuncakbintangkecil2023 #tenangisgood #bahagiacarakita

♬ original sound – Lany Ishak – Lany Ishak

Tambah Suhaimi, Azam Pitt selaku pengacara program sudah cuba sehabis baik menyelamatkan keadaan, namun sukar kerana ia disebabkan masalah teknikal.

Justeru, Suhaimi berharap, isu itu tidak dipanjangkan dan mendoakan kejayaan buat Kiki dan Farha.

“Azam cuba membetulkan keadaan, tetapi agak terlambat sebab lampu sudah terlalu lama menyala dan tak dapat bergerak hingga tersekat, sekali gus memberi tekanan.

“Saya yang berada di atas pentas dapat rasakan tekanan ini. Saya mendoakan kejayaan berterusan buat Kiki dan Farha,” katanya.