Ketika Malaysia mengumumkan akan melawan Cape Verde, peminat Garuda lantas memperlekehkan tentang negara tersebut.

Mereka malah menganggap Cape Verde sangat sesuai bertemu dengan Malaysia kerana sama sama tidak berkualiti, memandangkan Indonesia tengah sibuk dengan impian Piala Dunia mereka.

Pernah Dihina Penyokong Indonesia Kerana Lawan Malaysia, Cape Verde Layak Ke Piala Dunia

Pernah Dihina Penyokong Indonesia Kerana Lawan Malaysia, Cape Verde Layak Ke Piala Dunia

Malaysia malah sempat mengikat Cape Verde 1-1 dalam salah satu aksi persahabatan tersebut.

Hinaan dan cacian dilemparkan peminat Garuda yang mendongak langit.

Pernah Dihina Penyokong Indonesia Kerana Lawan Malaysia, Cape Verde Layak Ke Piala Dunia

Mereka juga menghina Malaysia, bagaimana boleh kalah  dengan pasukan tidak ternama seperti Cape Verde?

Pernah Dihina Penyokong Indonesia Kerana Lawan Malaysia, Cape Verde Layak Ke Piala Dunia

Banyak lagi komen mempersendakan kemampuan Cape Verde yang sebenarnya ketika  itu sedang mendahului kelayakan Piala Dunia Kumpulan  D zon Afrika dan berada di tangga ke-72 dalam ranking dunia FIFA.

Ironinya, pada minggu antarabangsa yang sama, beberapa hari selepas impian Piala Dunia Indonesia dikuburkan Iraq, Cape Verde menciprta sejarah layak ke Piala Dunia buat pertama kali.

Cape Verde menewaskan Eswatini 3-0 di hadapan penyokong sendiri. Membolehkan negara berpopulasi 560,000 penduduk itu mara ke Piala Dunia pertama kalinya dalam sejarah mereka.

Menjadikan mereka pasukan negara kedua terkecil pernah mara ke Piala Dunia.