Pelakon Hollywood, Will Smith membuat pengakuan bahawa dirinya sudah membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun lepas.

Hal tersebut didedahkan Will Smith dalam satu sesi podcast bersama wartawan Mesir, Amr Adeeb baru-baru ini dan dia mengatakan dirinya terkejut kerana kitab Taurat, Zabur dan Injil bersambung hingga ke Al-Quran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mbc1

Will Smith reveals that he reads the entire Quran during Ramadan BigTimePodcast رمضان_يجمعنا Exclusively displayed on Shahid for free in the Middle East and North Africa @Turki Alalshikh @Riyadh Season @Will Smith WhatToWatch PodTok

♬ original sound – MBC1 – MBC1

“Saya suka kesederhanan, Al-Quran begitu jelas dan adalah suci. Sukar untuk menyebabkan salah faham.

“Saya terkejut bagaimana ia seperti satu kisah, dari Torah melalui Bible dan ke al-Quran. Saya tidak pernah sepenuhnya memahami Abraham sebagai bapa dan kemudian perpecahan dengan Isaac dan Ishmael dan amat indah untuk memahami itu dengan lebih baik.” ujarnya.

Tambahnya, dirinya melalui fasa sukar dalam hidup beberapa tahun lalu dan perkara itu mendorongnya untuk mencari ketenangan dengan menghabiskan banyak waktu mempelajari dan membaca kitab suci daripada pelbagai agama.

Sebelum ini, dia pernah menjadi bualan ramai selepas menampar Chris Rock dalam Anugerah Oscar dua tahun lepas sebelum meminta maaf kepada pengacara itu kerana bertindak secara keterlaluan.