Menjelang aksi pusingan 32 Piala Dunia 2026 antara Brazil dan Jepun awal pagi esok, Carlo Ancelotti mendedahkan beberapa ‘ramuan’ penting yang diperlukan oleh skuad kendaliannya.

Pengurus berpengalaman itu menekankan faktor-faktor utama yang perlu dimiliki oleh pasukan Brazil dalam usaha mereka untuk terus mara jauh dalam kejohanan berprestij tersebut.

Dalam pada itu Ancelotti turut menegaskan bahawa bakat sahaja tidak mencukupi, serta menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh pasukannya untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Ancelotti Puji Kemampuan Hebat Jepun

Baginya, saingan kalah mati menuntut tahap tumpuan yang maksimum kerana satu kesilapan kecil sahaja boleh menamatkan perjalanan sesebuah pasukan dalam Piala Dunia sambil menyanjung tinggi kemampuan hebat Jepun.

“Kejayaan akan bergantung kepada beberapa faktor, sambil menekankan tiga elemen penting iaitu fikiran yang tenang, hati dan keputusan yang bijak di atas padang.”

“Jepun akan menjadi lawan yang sukar kerana disiplin taktikal, organisasi pasukan dan kualiti individu mereka,” ujar Ancelotti menurut sumber laporan Bein Sports.

Beliau turut mengimbas kembali perlawanan persahabatan antara kedua-dua negara, serta kemenangan Jepun ke atas England, sambil berkata bahawa keputusan tersebut mencerminkan perkembangan pasukan Asia itu.

Atas sebab itu, Carlo Ancelotti menegaskan bahawa Brazil akan mendekati perlawanan tersebut seolah-olah ia adalah perlawanan akhir.

Pengendali kelahiran Itali itu turut menolak tanggapan bahawa Brazil mempunyai laluan yang lebih mudah dalam saingan kalah mati FIFA World Cup 2026.

Pada pandangannya, tiada pasukan yang jelas menjadi pilihan untuk memenangi kejohanan tersebut, sambil menegaskan bahawa Piala Dunia kali ini adalah antara yang paling seimbang dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber